Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

22,000 Pesara Kerajaan Jadi...

KUALA LUMPUR: Seramai 22,000 pesara kerajaan direkodkan menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan...

Jadikan TV AlHijrah Stesen...

SAIZ  pasaran produk halal kini mencecah RM12 trilion di seluruh dunia. Satu realiti...

Kembar Paling Seiras Di...

PASANGAN kembar, Lucy dan Anna Decinque dari Australia merupakan kembar paling seiras di...

Guru Besar Muat Naik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan amaran bertulis terhadap seorang guru besar...

Tukang Masak Maut Leher Dikelar Rakan Sekerja

LELAKI warga Thailand maut dikelar di leher menggunakan pisau pemotong sayur oleh rakan senegara di kedai makan di Taman Bukit Emas, Rahang di Seremban, malam tadi.

Dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa berusia 24 tahun diserang suspek berusia 19 tahun yang bersama-sama bekerja di kedai makan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, sebelum pergaduhan berlaku, suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menegurnya mengenai perihal tugas di tempat kerja.

“Ketika di bahagian belakang dapur, berlaku pergaduhan dan suspek mengambil pisau pemotong sayur lalu kelar leher mangsa.

“Adik mangsa bersama beberapa pelanggan kedai makan yang berada di lokasi kejadian terus menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Rosli berkata, suspek dan senjata yang digunakan ketika kejadian kemudian diserahkan kepada anggota polis yang tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.


“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – myMetro Online

Kategori