• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Bahagian Khas Kendali Pelaburan ECRL – Daim

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu bahagian khas perlu ditubuhkan bagi melancarkan serta memberi kemudahan pelaburan China dan sumber domestik untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ketika melontarkan cadangan itu, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Daim Zainuddin berkata, ini penting kerana beliau menerima pertanyaan daripada pihak yang berminat untuk melabur di negara ini.

Kata beliau, cadangan penubuhan bahagian khusus itu turut disuarakan oleh kedua-dua pelabur China serta tempatan dan beliau sendiri sudah memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

“Sewaktu ke China baru-baru ini, saya turut didatangi pelabur yang menyatakan minat mereka untuk melabur di sini. Oleh itu, saya berpendapat bahagian khas itu akan berperanan membantu (urusan pelaburan) pelabur dari China serta pelabur tempatan.

“Sekiranya ini (bahagian khas) diwujudkan, apabila pelabur China ke Malaysia, kita dapat menguruskan dari segi mengatur mesyuarat dan membantu sehingga mereka mendapat kelulusan (bagi pelaburan masing-masing).

“Mereka akan mendapati semua urusan itu berjalan lancar dan pantas dan kita juga akan mendapat kepercayaan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Daim turut mengingatkan pelabur tempatan supaya bersedia dengan impak limpahan projek ECRL kerana para pekerja terbabit akan memerlukan perkhidmatan seperti tempat tinggal serta makanan.

Beliau juga menyifatkan pada kos RM44 bilion, projek rel itu adalah yang terbesar terutamanya bagi kalangan penduduk Pantai Timur dan peluang besar itu wajar dimanfaatkan oleh mereka serta perniagaan di kawasan terbabit.

“Oleh itu, jika penduduk tempatan bijak dan mengambil kesempatan (di atas projek itu), mereka boleh membantu (pelaburan) dengan meningkatkan perbelanjaan dan menjana pendapatan. Ini turut menjadi antara cara bagi merangsang pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” jelasnya.

Selain itu, Daim juga menggesa penduduk di sekitar kawasan laluan rel berkenaan untuk turut sama mempromosikan kelebihan (produk), kepakaran dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan.

“Mereka perlu berani tampil dan menawarkan aspek infrastruktur atau pun tenaga kerja yang ada.

“Saya juga menjangkakan kita akan menyaksikan lebih banyak manfaat untuk negara ini sekembalinya perdana menteri daripada Sidang Kemuncak ‘One Belt, One Road’ (Satu Jajaran, Satu Laluan) di China pada akhir bulan ini,” katanya.

Pada awal minggu ini, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) bersetuju membentuk syarikat usaha sama 50:50 untuk pengendalian, pengoperasian dan penyelenggaraan rangkaian rel ECRL tersebut.

Tags: Daim Zainuddinpakatan harapanProjek ECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd