• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tommy Thomas Nasihat Kerajaan Ratifikasi Statut Rom

oleh
28/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas mengakui beliau telah menasihati kerajaan untuk meratifasikan Statue Rom Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang ditandatangani pada 4 Mac lalu.

Beliau berkata, nasihat diberikan kerana Statue Rom memiliki banyak kelebihan buat Malaysia.

Jelas beliau, di bawah perjanjian itu senarai jenayah melibatkan kemanusiaan, peperangan dan pencerobohan serta pembunuhan etnik yang tiada di bawah undang-undang negara.

“Penggubal undang-undang dan ahli parlimen berpendapat tidak perlu meluluskan undang-undang bagi jenayah yang tidak (berlaku) di negara ini memandangkan Malaysia sentiasa menjadi negara yang aman.

“Namun ICC bertindak atas prinsip kesesuaian di mana pihak berkuasa nagara mempunyai tanggungjawab utama untuk mendakwa atau menyiasat penjenayah jenayah antarabangsa yang serius di bawah undang-undang Malaysia di mahkamah domestik.

“Dalam pengertian ini, ICC akan memberi tekanan kepada mahkamah Malaysia untuk menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Ia akan meletakkan sedikit tekanan pada mereka yang mentadbir keadilan untuk melakukan perkara yang betul, kerana jika tidak, badan-badan antarabangsa akan masuk di sini,” katanya yang menyifatkan kekecohan mengenai ratifikasi Statue Rom tidak masuk akal.

Beliau berkata demikian pada ketika bercakap pada Forum Awam Malaysia & Statue Rom di Universiti Malaysia di sini, hari ini.

Selain Tommy sebagai panel, forum itu turut menampilkan anggota G25 Datuk Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan undang-undang Professor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet serta ahli politik veteran, Dr. Syed Husin Ali.

Penganjur forum merupakan aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi.

Tommy menjelaskan ratifikasi Statue Rom juga bermaksud Malaysia tidak akan menjadi tempat selamat bagi penyangak atau penjenayah bersalah atas mana-mana jenayah antarabangsa disenaraikan yang mungkin melihat negara sebagai tempat berlindung buat golongan itu.

Tegas beliau, dengan menandatangani perjanjian itu bermakna penjenayah tersebut akan diekstradisi dari Malaysia dengan segera.

“Atas sebab-sebab ini saya telah menasihatkan kerajaan untuk mengesahkan Statut Rom kerana dari perspektif undang-undang sukar untuk membantah,” katanya.

Statut Rom menubuhkan ICC untuk membenarkan pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah antarabangsa seperti pembunuhan etnik, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

Pada 5 April lalu, Malaysia memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Statut Rom yang telah ditandatangani pada 4 Mac lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk majlis raja-raja.

Jelas Perdana Menteri, bantahan itu berlaku kerana mereka tidak memahami isi kandungan statut berkenaan sehingga bertindak memburukkan kerajaan dan diri beliau. – MalaysiaGazette

Tags: pakatan harapanStatut RomTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd