• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tolong Sedekahkan Ayat Kursi Untuk Acap Malam Ini”

oleh
16/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOPENG – “Saya minta sangat rakyat Malaysia tolong sedekahkan ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf malam ini, sekali pun cukuplah,” demikian permintaan ibu mangsa, Siti Maznah Khamis, 58.

Katanya, dia reda dengan dugaan yang diterima dengan kehilangan anak kelima daripada tujuh adik beradik itu sejak 25 hari lalu.

“Apa-apapun terserah kepada ALLAH SWT selepas kita berusaha berhempas pulas, meredah hutan belukar, menuruni sungai, melalui bukit, gua semua sekali.

“Cukup dah, kami rasa usaha itu sangat-sangat besar untuk mencari anak saya. Di mana noktahnya itu hanya ALLAH yang tahu, kita memang tiada daya dan tidak tahu noktahnya di mana dan kita akan terus berdoa,” katanya ketika ditemui pada lawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ke Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang di sini, hari ini.

Siti Maznah berkata, keluarganya tidak melupakan usaha sukarelawan di setiap pelosok negara yang turut serta dalam pencarian itu.

“Untuk pejuang dan sukarelawan yang mencari yang kata tidak didendang, saya doakan untuk terus tabah dan bertahan dalam usaha mencari Acap.

“Saya juga mengucapkan terima kasih, tidak terbalas saya dan keluarga atas jasa kepada semua yang susah payah turun melihat dan menyelesaikan keadaan dan meneruskan usaha ini,” katanya.

Katanya, dia turut menafikan dakwaan kononnya anaknya itu pernah hilang semasa menyertai aktiviti lasak sebelum ini.

“Acap tidak pernah hilang, dia sentiasa ada cerita-cerita yang menarik dan cerita yang baik-baik selama dia mengikuti semua sekali aktiviti.

“Baik di Lombok, Indonesia atau Sabah dan dekat mana-mana pun, dia memang baik dan memang suka cerita dan gembira. Bila balik (mendaki) tiada yang cerita sedih,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kes kehilanganMohammad Ashraf Hassan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Punca Pengangkat Segmen MRT Jatuh Disiasat

Next Post

Adib Diseret Dalam Keadaan Separa Sedar

Related Posts

Isteri Amri Saman Polis, Kerajaan Berhubung Siasatan Kehilangan

18/11/2019
0

PETALING JAYA - Isteri kepada aktivis Perlis, Amri Che Mat menyaman kerajaan, polis, menteri dalam negeri dan yang sebelumnya, dan...

Polis Mohon Bantuan Kesan Puteri Nurardiana Damia Qaisara

30/09/2019
0

BINTULU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengeluarkan siar raya Nur Alert dalam usaha mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan...

Next Post

Adib Diseret Dalam Keadaan Separa Sedar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd