• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Tiada Galang Gantinya

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Santai dan bersahaja. Itulah gaya Datuk Seri Mohamad Hasan yang disenangi warga Rantau.

Berbaju kuning dan berseluar jeans serta tanpa ditemani sesiapa, Mohamad atau lebih mesra disapa Tok Mat turun padang berjumpa orang ramai di Pasar Pekan Rantau di sini, selepas memenangi PRK DUN Rantau, kelmarin.

Ternyata kehadiran pemimpin itu dinanti-nantikan apabila ramai yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengannya.

Saravana Naidu, 38, berkata, tiada calon lain yang lebih baik untuk menggantikan Tok Mat sebagai ADUN Rantau lebih-lebih lagi statusnya sebagai penduduk tempatan.

“Saya tak tahu kenapa orang tak mahu Tok Mat sebagai ADUN Rantau kerana sudah nyata beliau banyak berjasa. Kemenangannya malam tadi membuktikan ramai masih perlukannya.

“Masalahnya orang luar datang sini buat ‘kacau’. PH jangan sewenang-wenangnya memfitnah ‘bos’ kita. Rantau ini memang tempat Tok Mat. ‘Orang luar’ pergi luar,” katanya.

Katanya, rakyat tidak mahu lagi terpedaya dengan janji-janji manis PH seperti yang berlaku pada PRU14.

K.Jaya Chantheran, 43, pula berkata, penduduk Rantau sepatutnya bersyukur mendapat pemimpin seperti Tok Mat.

“Sebagai pengundi DUN Rantau, saya memang harap beliau terus ada di sini menjaga kami.

“Beliau bukan sahaja seorang bertanggungjawab, tapi berwibawa, berdidikasi dan menepati waktu,” katanya ketika ditemui di Pasar Pekan Rantau, di sini, semalam.

Malah katanya, setiap hari Khamis, pejabat Timbalan Presiden UMNO itu pasti dipenuhi rakyat yang mahu bertemunya untuk mohon bantuan dan mengadu pelbagai masalah.

Menurutnya, sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan agama akan dibantu tanpa ada sebarang diskriminasi.

“Bukan saja bantuan kebajikan, nak bayar cukai kenderaan dan bil eletrik pun dia boleh bantu.Tapi bergantung juga jumlah amaunnya. Saya memang tak faham jika orang Rantau tak mahu lagi dia sebagai ADUN,” katanya.

Halimah Saleh, 67, pula berkata, kemenangan Tok Mat membuktikan penduduk DUN Rantau masih memerlukan bekas menteri besar itu sebagai wakil rakyat.

Malah penduduk Kampung Sri Lalang, Rantau itu menyifatkan pemimpin itu sebagai seorang yang berwibawa dan sangat mesra.

“Saya memang gembira Tok Mat menang. Saya tidak mengharapkan apa-apa, tengoklah nanti selepas ini macam mana.

“Cuma sebagai penduduk Rantau, bagi saya Tok Mat sudah beri yang terbaik,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMohamad HasanPRK Rantau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Hasan Tiba Di New York, Mulakan Misi UNGA81

Mohamad Hasan Tiba Di New York, Mulakan Misi UNGA81

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan selamat tiba di New York, Amerika Syarikat semalam bagi memulakan lawatan...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd