• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Gesa Rampas Semula Tanah Jika Ada Bukti

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa kerajaan negeri melaksanakan hasrat untuk merampas semula tanah yang kononnya diberikan kepada kroninya semasa beliau mentadbir negeri itu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata, sekiranya tanah itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang, kerajaan negeri boleh bertindak mengikut apa yang dikehendakinya.

“Tetapi mereka mesti faham bahawa Sistem Torrens yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 memperuntukkan bahawa tidak ada sesiapa pun yang berhak ke atas sesuatu bidang tanah melainkan pemiliknya sahaja.

“Jadi, tidak boleh rampas sewenang-wenangnya dan jika hendak ambil balik, kerajaan perlu membayar pampasan,” katanya dalam sidang akhbar di Rantau dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua DUN, Datuk Zulkefly Mohamad Omar bahawa Mohamad pernah memberi tanah kepada kroninya ketika menjadi menteri besar negeri itu.

Zulkefly yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri memberitahu akan mendedahkan pihak yang mendapat tanah dengan cara tersebut.

“Kita bincang dengan Yayasan Negeri Sembilan agar rampas tanah ini dan serah kepada mereka yang boleh beri pulangan kepada kerajaan negeri,” katanya dalam satu ceramah di Kampung Mambau, Rantau, malam tadi.

Mohamad menarik perhatian, beliau tidak pernah meluluskan tanah kepada mana-mana pihak secara peribadi atas kapasiti sebagai Menteri Besar.

Katanya, walaupun beliau adalah Menteri Besar, kuasa untuk meluluskan permohonan tanah terletak pada pihak berkuasa negeri atau Exco.

Jelasnya, apa saja yang hendak diluluskan mesti dibawa ke Exco dan lulus atau tidak, itu adalah bidang kuasa pihak berkuasa negeri.

“Saya tidak risau apa-apa sebab saya tahu apa yang saya buat dulu. Sebab itu, saya kata dia kena buat apa yang dia cakap (hendak rampas semula tanah) kerana ia boleh menimbulkan banyak prasangka dan persoalan (jika tidak dilakukan),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalMohamad HasanPRK Rantau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Hasan Tiba Di New York, Mulakan Misi UNGA81

Mohamad Hasan Tiba Di New York, Mulakan Misi UNGA81

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan selamat tiba di New York, Amerika Syarikat semalam bagi memulakan lawatan...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd