• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Bersila Tepi Highway Makan Nasi Bungkus

oleh
03/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas tular catatan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew yang berkongsi pengalaman bertemu calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan, ruangan komen Facebook beliau dihujani reaksi netizen yang turut memuji keperibadian pemimpin itu.

Menerusi catatan dalam Facebook miliknya, pendakwah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew menyifatkan Mohamad sebagai seorang yang merendah diri.

Setakat tiga hari disiarkan, catatan itu mendapat 29,000 tanda suka, 11,000 perkongsian dan 2,200 komen.

Memetik seorang pengguna Facebook, Krboyy Asnizam II, dia yang pernah bekerja bersama Mohamad atau Tok Mat sangat dihormati kerana sentiasa mengutamakan kebajikan serta tidak pernah memarahi kakitangannya.

“Tok Mat pernah sama-sama makan nasi bungkus tepi highway (lebuh raya). Duduk bersila atas tanah sahaja tanpa lapik walaupun ada tayar spare yang boleh guna buat lapik untuk dia. Terlalu banyak kisahnya. Semoga Tok Mat terus berjaya dunia akhirat,” tulisnya.

Turut menarik perhatian komen-komen daripada penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) yang turut memuji sikap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

“Saya bukan penyokong UMNO, tapi Tok Mat ni memang bijak dan humble. Cara dia berkomunikasi pun kau akan tahu dia cerdik dan merendah diri. So undilah Tok Mat di Rantau daripada bagi ke PH,” tulis Noor Azmir Mazlan.

Menurut seorang lagi pengguna Facebook, Halida Yacob, walaupun dia salah seorang penyokong PH, namun dia berharap Tok Mat akan menang PRK DUN Rantau.

“Saya sangat berharap Tok Mat akan menang. Beliau salah seorang ahli (pemimpin) BN yang mengutamakan rakyat. Salah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, tidak hipokrit dan tidak hanya menjaga poket sendiri. Pemimpin macam inilah yang kita harapkan untuk memacu negara,” katanya.

PRK DUN Rantau yang akan berlangsung pada 13 April ini menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon PH, Dr. S. Streram, BN dan dua calon Bebas. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mohamad HasanPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd