Friday, November 8, 2024

Creating liberating content

Masih Fasa Bulan Madu,...

DI SAAT semua pasangaan suami isteri tak sabar mahu menimang cahaya mata, lain...

PKR Belum Lupa Perbuatan...

KOTA BHARU - Persetujuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan...

Penantian Suami Isteri Miliki...

KUALA TERENGGANU - Penantian sepasang suami isteri untuk tinggal di rumah sendiri tercapai...

Malaysia Akan Bendung Isu...

BERLIN (Germany) - Malaysia bersetuju untuk membantu menangani masalah pelarian Syria, yang kini...

Tan Sri, Isteri Ditahan Dera Pembantu Rumah

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan seorang individu bergelar Tan Sri berusia 58 tahun bersama isterinya untuk disiasat berhubung siasatan kes dakwaan mendera pembantu rumah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, suami isteri tersebut ditahan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dekat sini kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Kedua-duanya telah dibawa ke Mahkamah Kajang dan akan ditahan reman sehingga pukul 5 petang ini untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108.

Semalam, media melaporkan polis telah merakam semula percakapan tiga pembantu rumah yang didakwa didera majikan mereka bergelar Tan Sri sehingga bertindak melarikan diri dari kediaman individu tersebut di Kajang dekat sini, 26 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Kategori