• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Bas Kilang Terlibat Nahas Digantung Lesen

oleh
19/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung lesen pengendali dan lesen kenderaan CJ Global Travel and Tours Sdn. Bhd. selepas sebuah bas kilang milik syarikat itu terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan seramai 12 orang termasuk 11 warga asing di Sepang kira-kira tiga minggu lalu.

APAD dalam satu kenyataan berkata, penggantungan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga syarikat tersebut mematuhi keperluan Kod Amalan Industri Keselamatan (ICOP Keselamatan) sepenuhnya.

Jelasnya, susulan nahas itu, satu Audit ICOP telah dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pada 9 April lalu.

“Siasatan yang dijalankan mendapati syarikat berkenaan gagal mematuhi keperluan ICOP Keselamatan. Ini adalah pelanggaran syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 22 dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Di bawah akta itu, keselamatan penumpang merupakan keutamaan terpenting. Semua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung standard tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka,” katanya.

Akhbar Kosmo! baru-baru ini melaporkan, 12 orang maut selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang di Jalan S8 Pekeliling dekat MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 April lalu.

Kejadian pada pukul 11.10 malam itu mengorbankan lima warga Bangladesh, dua warga Nepal, empat orang wanita warga Indonesia dan seorang warga tempatan.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, APAD tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan dan menegaskan bahawa pengendali yang gagal mematuhi keperluan ICOP Keselamatan.

Mereka yang melanggar amalan itu boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan termasuk membatalkan lesen pengendali dan permit pengendali. – K! ONLINE

Tags: APADgantung lesenkemalangan bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd