Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Pangkat, Seragam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat dan...

TMJ – Sesiapa Bertanggungjawab...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

KJ Mohon Maaf Isu...

KUALA LUMPUR - Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memohon...

Jenazah 4 Beranak Selamat...

MARAN - Jenazah empat beranak yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan...

Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Digesa Tidak Naikkan Tambang -APAD

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggesa semua pihak, khususnya Persatuan Pengusaha Bas Sekolah supaya mempertimbangkan semula cadangan menaikkan tambang berikutan tindakan itu hanya menjejaskan kepercayaan pengguna terhadapnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

APAD berkata, setakat ini pihaknya juga mempunyai cadangan untuk mengawal selia kadar tambang bas sekolah.

Sehubungan itu, pengusaha bas sekolah perlu menimbangkan kembali hasrat menaikkan tambang kerana perubahan kadar itu semestinya bakal menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap industri bas sekolah.

“Sekiranya keperluan untuk menaikkan kadar tambang itu tidak dapat dielakkan atas faktor-faktor luar jangkaan seperti peningkatan kos operasi, kenaikan harga alat ganti dan sebagainya, pengusaha perlu memastikan perkhidmatan diberikan setimpal dengan kadar tambang baharu yang bakal dikenakan.

“Ia termasuk mempertingkatkan keselamatan kenderaan, kapasiti tempat duduk dan lain-lain keperluan berkaitan.

“Selain itu, rundingan sewajarnya haruslah dibuat dengan ibu bapa bagi memastikan kepentingan kedua-dua diambil kira,” katanya dalam kenyataan kepada BH, hari ini.

Media melaporkan, kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini dijangka naik susulan peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan kenderaan itu terutama di kawasan bandar seperti Lembah Klang.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat dilaporkan berkata, jumlah peningkatan itu bagaimanapun, tidak sama dan ia akan bergantung kepada pengusaha bas sekolah selaku pihak yang menjalankan operasi.

Menurutnya, ia juga berdasarkan kawasan dan kos operasi selepas kerajaan tidak mengawal kadar tambang bas sekolah dan kadar tambang bas sekolah mengikut kepada pasaran sejak Januari 2015, malah pihaknya juga tiada kuasa menetapkan perkara berkenaan.

Dalam pada itu, kenyataan APAD itu merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bas Sekolah Malaysia berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan akan datang.

APAD berkata, Kementerian Pengangkutan sentiasa prihatin dengan isu kenaikan kos kepada pengendali serta kenaikan tambang yang akan dikenakan kepada ibu bapa dan mengambil maklum rungutan sebilangan besar ibu bapa yang terbeban dengan situasi terbabit.


Namun katanya, sejak 2015, ketetapan kadar tambang tidak lagi dikawal selia oleh kerajaan dengan tujuan untuk menjadikan industri bas sekolah lebih mapan serta mutu perkhidmatan dipertingkat dari aspek keselamatan dan keselesaan murid.

“Sejak itu, kadar tambang yang dikenakan sehingga kini berdasarkan ketetapan dan persetujuan antara ibu bapa dan pengendali bas sekolah.

“Ini bermakna kadar tambang bas dan van sekolah pada masa ini adalah lebih fleksibel dan ditetapkan menerusi rundingan bersama antara pengendali bas sekolah dan ibu bapa bagi mendapatkan ‘kadar tambang menang-menang’ berdasarkan keadaan semasa seperti kos operasi, tempoh serta waktu perkhidmatan dan lain-lain,” katanya.

Justeru katanya, pengendali tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan tambang melampau kerana mereka akan

kehilangan pelanggan.

“Sungguhpun menerima cadangan untuk ia dikawal selia, ketika ini APAD ingin memaklumkan kita tiada cadangan untuk mengawal selia kadar tambang bas sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, APAD berkata pihaknya mengambil kira mengenai kewujudan perkhidmatan bas sekolah tidak sah dan tidak berdaftar dilakukan secara berleluasa yang menggunakan kenderaan persendirian.

Katanya, penggunaan perkhidmatan bas sekolah tidak sah bukan saja berisiko, tetapi turut mendedahkan murid kepada bahaya kerana ia tidak mempunyai perlindungan insurans serta menyalahi undang-undang jalan raya.

“Bas tanpa operasi sah itu boleh membawa kepada masalah besar sekiranya berlaku kemalangan berikutan kenderaan terbabit tidak menjalani ujian berkala PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) untuk memastikan kenderaan selamat digunakan di atas jalan raya.

“Dalam hal ini, pihak APAD ingin mengingatkan ibu bapa supaya tidak menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang tidak berdaftar demi keselamatan anak-anak anda,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori