• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Streram Didakwa Guna Kanak-Kanak Untuk Berkempen

oleh
05/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penglibatan kanak-kanak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Walau bagaimanapun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut.

“Perkara itu perlu dirujuk di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak, namun kalau ada, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK P.186 Parlimen Sandakan di sini, hari ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Rantau, Dr. S. Streram didakwa menghimpunkan sekumpulan kanak-kanak dalam sebuah kempen sebelah malam yang dijalankan di Taman Orkid, Negeri Sembilan pada baru-baru ini.

Pada masa sama, Azhar berkata, persiapan hari mengundi awal PRK DUN Rantau pada 9 April berjalan lancar dengan melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi kerajaan lain.

“Sebanyak 118 pengundi awal terlibat dalam PRK Dun Rantau,” katanya.

Terdahulu Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Pakatan Harapan (PH) menggunakan kanak-kanak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ahli Parlimen Pekan itu membuat dakwaan tersebut di akaun Facebook beliau dengan menyiarkan beberapa keping gambar sekumpulan kanak-kanak dibawa naik ke atas sebuah lori yang digunakan jentera kempen PH.

“Kanak-kanak tak patut digunakan untuk kempen PRK. Lagipun pada waktu malam di atas pentas ceramah. Ini bukan sahaja tidak beretika tetapi jelas melanggar undang-undang,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tags: Dr S.Streramkanak-kanakPRK RantauSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd