• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Dilarang Kembali Ke Kawasan Operasi”

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Saksi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendedahkan, beliau dilarang untuk kembali ke kawasan penemuan kem sementara dan kubur, Wang Kelian sebaik sahaja tempoh kawalan tamat.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Tiga Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak, Deputi Superintendan S Sivangnanam berkata, arahan itu dibuat selepas beliau selesai bertugas selama sebulan di kawasan tersebut.

“Oleh kerana Tan Sri tanya, saya jawab. Saya dilarang untuk kembali ke kawasan operasi,” katanya yang menjawab soalan Timbalan Pengerusi RCI, Tan Sri Norian Mai.

Norian: Kenapa kamu tidak dibenarkan kembali?

Saksi: Saya tidak mempersoalkan. Arahan komander adalah untuk tidak pergi ke kawasan itu dalam operasi akan datang.

Norian: Siapa komander pada masa itu?

Saksi: Datuk Nasir.

Norian: Adakah kamu tahu bahawa ada tindakan selanjutnya telah diambil?

Saksi: Saya tidak tahu. Sebaik sahaja kami meninggalkan kawasan operasi, berada di kawasan tersebut dan kembali ke pangkalan di Bidor.

Sivangnanam yang bersara pada Julai 2016 berkata, beliau menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali sehari selepas penemuan kem itu bagi menyalurkan maklumat.

“Maklumat mengatakan seseorang ada individu bernama Aziz atau Azim berpenyakit kulit yang menjalankan perniagaan di Arked Wang Kelian menjadi orang tengah.

“Risikan saya mendapati memang individu tersebut wujud dan kedainya berhampiran dengan CIQ,” katanya.

Tambahnya, sebanyak lapan nama disebut oleh pemberi maklumat tersebut.

“Saya serahkan nama dalang dan maklumat hasil sumber itu kepada Ketua Polis Perlis dan Kedah serta Unit Risikan Batalion PGA,” katanya.

Prosiding di hadapan tujuh panel RCI yang dipengerusikan oleh Tun Ariffin Zakaria ditangguhkan dan bersambung Isnin. – Sinar Harian

Tags: pemerdagangan manusiaRCIwang kelian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membangkitkan mengenai jumlah hutang semasa negara sebanyak RM1.341 trilion....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd