• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membangkitkan mengenai jumlah hutang semasa negara sebanyak RM1.341 trilion.

Menurut beliau, pembangkang suatu waktu dahulu mendakwa negara akan bankrap hanya kerana hutang ketika itu sebanyak RM600 billion.

“Dulu hutang negara mencecah RM600 billion negara dituduh nak bankrap. Kini hutang negara RM 1.341 trillion negara dalam keadaan yang baik.

“Macam itulah andaian mereka mengikut selera mereka,” sindirnya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau turut berkongsikan ucapan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan semasa pembentangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat.

Amir Hamzah dalam ucapannya memaklumkan kerajaan semasa tidak pernah tidak menjelaskan hutang yang dibuat oleh kerajaan.

Menurutnya, hutang kerajaan berbentuk sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan bil perbendaharaan dibayar kerajaan dan seperti apa yang diadakan dalam Akta Tabung Haji.

“Bila ada kekurangan kerajaan akan masuk campur seperti apa dibuat pada 2018, maka tiada isu berbangkit tentang kebolehan kerajaan memikul tanggungan tersebut,” kata Amir Hamzah. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

 

Tags: Datuk Dr Muhamad Akmal SalehDatuk Seri Amir Hamzah AzizanHutang RM1.3 TrilionHutang RM600 BilionKetua Pemuda UMNOMenteri Kewangan IINegara BankrapNegara Dalam Keadaan BaikRCITabung Haji
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan usaha penyatuan ummah akan tetap diteruskan walaupun terpaksa...

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd