• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Bukan MB, Buat Apa Isytihar Harta?” – Tok Mat

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan tiada keperluan untuk beliau mengisytiharkan harta setelah tidak lagi bergelar Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, menurut Mohamad, pengisytiharan harta sebenarnya bukan perkara baharu kerana pernah dipratikkan ketika zaman pentadbiran BN.

“Saya setiap penggal isytihar harta dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pergilah semak dengan mereka. Setiap tahun saya kena isytihar harta, bukan saja-saja jadi Menteri Besar.

“Sekarang saya sudah tidak jadi Menteri Besar tak pegang jawatan, tidak perlu isytihar harta.

“Lagipun harta saya makin lama makin susut tidak bertambah, saya terpaksa jual rumah, jual kereta dan jual tanah untuk kurangkan komitmen kerana tidak ada pendapatan. Cuma pencen dan elaun wakil rakyat sahaja,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama BN, di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution mempersoalkan Mohamad yang tidak mengisytiharkan harta, berbanding calon PH, Dr. S Streram dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang telah melakukannya.

Menurut Mohamad, beliau tidak nampak relevan pengisytiharan harta dengan PRK DUN Rantau.

“Apa yang hendak dibuktikan? Tapi bagi pihak sana (PH) pengisytiharan harta itu perlu kerana mereka sudah jadi kerajaan.

“Macam Saifuddin itu perlu sebab dia menteri, tapi kalau Streram nak isytihar harta dia untuk apa? Tiada keperluan pun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad tidak mahu masuk campur dengan janji bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron untuk menghadiahkan dua ekor kambing untuk dibuat kenduri jika BN menang di sebuah daerah mengundi DUN Rantau.

“Itu salah, tidak boleh janji macam itu. Itu dia janji lantak dialah. Nanti dia kita ‘kambingkan’,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mohamad HasanPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd