• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Inkues Adib Tidak Patut Saling Tuding Jari

oleh
26/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak wajar wujudnya niat untuk menyanggah keterangan yang diberikan oleh saksi dalam prosiding inkues kematian allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Jelas Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Marthada Mohamed, ini kerana inkues ditubuhkan bukan bertujuan untuk memihak mana-mana pihak berdasarkan keterangan saksi sebaliknya ia demi mencapai matlamat membantu kerajaan mengetahui punca kematian anggota bomba itu.

“Inkues ini bukan mahkamah yang bersidang menentukan siapa salah dan tidak, cuma untuk mendapatkan fakta berkaitan dengan apa yang diinginkan kerajaan.

“Berdasarkan kes-kes sebelum ini sepatutnya memanggil siapa sahaja yang boleh membantu memberi keterangan. Kalau nak panggil untuk rebuttal tidak proper (betul), (ia) bukan tujuan untuk memihak kepada mana-mana. Ia untuk mendapatkan penyelesaian,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terkini yang sedang berlaku dalam inkues anggota bomba itu yang meninggal dunia pada 17 Disember tahun lalu.

Baru-baru ini pasukan pegawai pengendali membuat permohonan Mahkamah Koroner agar saksi ke-24 pakar Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Hafizam Hasmi dipanggil semula untuk menyanggah teori yang dikemukakan oleh Profesor Dr. Shahrom Abd Wahid yang dirujuk oleh peguam keluarga dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ini kerana kedua-dua saksi itu mengemukakan analisa yang bercanggah terhadap punca kecederaan yang dialami Muhammad Adib semasa rusuhan kuil Sri Maha Mariamman 27 November 2018.

Namun begitu menurut Martadha, pasukan inkues boleh memanggil saksi pakar lain yang boleh memberi keterangan secara neutral tanpa memihak mana-mana pihak bagi membantu mahkamah koroner membuat keputusan dengan lebih jelas.

“Mungkin kalau kita lihat anggota saksi yang dipanggil memberi keterangan tanpa prejudis tapi dalam keadaan seolah-olah tiada penyelesaian dan saling tuding menuding perlu ada pihak luar yang lebih pakar dan neutral yang boleh memberikan pendapat analisa yang neutral,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tags: inkuesKuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Mei Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan

Next Post

“Orang Ini Kerap Maki Saya, Sekarang Kata Bukan Budaya”

Related Posts

PM Lulus Peruntukan Segera RM50 Juta Untuk Banjir Johor

PDRM Mohon Inkues Kes Anggota Mati Dengan Tiga Kesan Tembakan

03/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan inkues berhubung kes anggota polis yang meninggal dunia dengan tiga kesan...

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Next Post

"Orang Ini Kerap Maki Saya, Sekarang Kata Bukan Budaya"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd