Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kian Hampiri Sasaran...

JAKARTA - Atlet para Malaysia hari ini meraih dua lagi pingat emas pada...

Mesyuarat Khas SPR Putus...

PUTRAJAYA - Tumpuan seluruh rakyat Malaysia hari ini sudah pasti terarah kepada Suruhanjaya...

Lebih 400,000 Mangsa Banjir...

NEW DELHI - Lebih 400,000 orang masih terperangkap selepas banjir melanda wilayah Kahsmir...

PRK: Benarkan Pekerja Tunai...

KUALA LUMPUR – Majikan sektor swasta diingatkan supaya membenarkan pekerja melaksanakan hak dan...

Saingan 5 Penjuru Rebut Kerusi Parlimen Sandakan

SANDAKAN – DAP berhadapan empat saingan dari calon Parti Bersatu Sabah (PBS) dan tiga calon Bebas untuk mempertahankan Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu.

DAP mempertaruhkan Vivian Wong Shir Yee, 30, yang dicabar oleh Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS) serta tiga calon Bebas iaitu Chia Siew Yung, Sulaiman Samat dan Hamzah Abdullah.

Pegawai Pengurus PRK Sandakan, Mohd. Hamsan Awang Supain mengumumkan nama calon yang bertanding untuk PRK Sandakan pada jam 10.30 pagi.

Sebelum itu, pusat penamaan calon di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua Sandakan dibuka pada pukul 9 pagi dan proses mengemukakan borang pencalonan berjalan lancar selama sejam.

Sulaiman merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi, diikuti Tsen (9.06 pagi), manakala Hamzah (9.08 pagi), Chia (9.09 pagi) dan Wong (9.14 pagi).

PRK Parlimen Sandakan diadakan selepas penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt dari DAP meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 28 Mac lepas.

Vivian Wong merupakan anak mendiang, berkelulusan Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam dari Universiti Murdoch, Australia, terlibat dalam arena politik sejak 2012 menerusi DAP.


Anak kelahiran Sandakan itu, yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sung Siew di sini, menjadi pegawai khas mendiang bapanya ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah serta aktif dalam aktiviti sosial.

Tsen, 63, naib presiden PBS merupakan bekas anggota Parlimen Batu Sapi selama dua penggal selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada Datuk Liew Vui Keong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Chia pula merupakan seorang ahli perniagaan, manakala Sulaiman merupakan bekas pembantu tadbir Pusat Khidmat Parlimen Sandakan dan Hamzah adalah bekas pengasas Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah.

Kategori