Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lepas Ruhainies, Nonny Pula...

DIA yang nak kahwin lain, dia kaitkan nama orang lain pula. Betul ke...

Amir Hamzah CEO Baharu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif...

Kerjasama Rakyat Penentu Kejayaan...

KUALA LUMPUR - Semalam, genap seminggu tiada kematian direkodkan untuk kes COVID-19 di...

Saudi Aramco Raih 50%...

NEW DELHI - Saudi Aramco memperolehi 50 peratus kepentingan dalam kompleks penapisan dan...

Rumah Panjang Terbakar, 407 Hilang Tempat Tinggal

BELAGA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu mengesahkan seramai 407 mangsa hilang tempat tinggal selepas rumah panjang mereka di Uma Bawang, Sungai Koyan, di Skim Penempatan Semula Sungai Asap musnah dalam kebakaran petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit, kesemua mangsa itu adalah penghuni di dua daripada lima blok rumah panjang di Uma Bawang.

“Seramai 198 orang adalah dari blok D manakala 209 lagi mangsa dari blok E. Kebakaran disyaki bermula dari salah sebuah bilik di blok D,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian namun seorang wanita berusia 70 tahun melecur di bahagian belakang apabila masuk semula ke rumah panjang untuk mengambil barang.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan.

Menurut beliau, kebanyakan mangsa kini menumpang sementara di rumah saudara-mara yang tinggal di tiga lagi blok rumah panjang tersebut.

Katanya, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.


Pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 6.03 petang, dan 11 anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, perjalanan ke tempat kejadian memakan masa kira-kira dua jam melalui Jalan Bintulu-Bakun.

Sebelum ketibaan pihaknya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7 petang oleh Pasukan Bomba Sukarela Uma Daro, Sungai Asap dengan kekuatan 45 anggota.

Operasi tersebut tamat pada 2.21 pagi tadi.

Kategori