• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Wang Kelian: Tindakan Polis Perlahan

oleh
23/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Rizani Che Ismail mengakui bahawa polis mengambil tindakan yang agak perlahan ketika menyiasat mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015.

Rizani yang merupakan saksi ke-12 pada sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem itu berkata, beliau ketika itu hanya menunggu arahan pihak atasan dan mempunyai kekuatan yang cukup untuk bertindak.

Beliau berkata, segala maklumat mengenai penemuan kem tersebut telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perlis pada 7 Mac iaitu sehari selepas beliau mengetuai kumpulan ke Bukit Wang Burma untuk menggali satu struktur tanah berbentuk kubur yang selepas itu disahkan terdapat mayat yang dikapankan di dalamnya.

“Semasa di atas Bukit Wang Burma, saya ketika itu sudah menelefon Ketua Polis Perlis untuk memaklumkan penemuan mayat. Selepas itu, saya diarahkan balik kerana misi hanya untuk mengesahkan kandungan struktur tanah yang menyerupai kubur.

“Pada pagi keesokan harinya, saya beri taklimat lagi kepada Ketua Polis Perlis serta Timbalannya dan saya dimaklumkan agar tunggu arahan selanjutnya. Selepas itu, saya mendapat arahan Ketua Polis Perlis agar hentikan siasatan kerana kes akan dibawa kepada pihak atasan,” katanya dalam prosiding RCI di sini, hari ini.

Ketika menjawap soalan Timbalan Pengerusi RCI, Tan Sri Norian Mai sama ada polis daerah, polis Perlis dan Bukit Aman tidak gempar dengan penemuan kem penempatan dan kubur berkenaan, Rizani berkata, baginya kes tersebut amat besar namun tindakan polis dalam hal itu perlahan.

“Pada pandangan peribadi saya, mungkin pucuk pimpinan anggap ini perkara sensitif dan mahu menjaga sensitiviti antara Malaysian dan Thailand. Saya juga tidak dihubungi secara peribadi oleh Bukit Aman mengenai kes ini kecuali Ketua Polis Perlis sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau bersetuju bahawa polis perlahan untuk mengambil tindakan kerana mahu menutup kelemahan dan tidak mahu ianya tersebar kepada umum, Ruzaini menolak andaian itu kerana pihaknya telah memberikan segala maklumat kepada Bukit Aman.

“Kalau mahu kata begitu, saya tidak bersetuju kerana peringkat polis Perlis telah merujuk kepada Bukit Aman untuk persetujuan dan kami hanya menunggu arahan selanjutnya.

“Pada ketika itu, saya dengan kekuatan 28 pegawai dan 269 anggota sanggup sekiranya diberikan arahan dan ‘payung’ untuk saya lakukan operasi tersebut,” katanya yang kini memegang jawatan Penolong Pengarah D6 Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Tags: PDRMpemerdagangan manusiaRCIwang kelian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd