• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek ECRL Tak Pinggir Penglibatan Rakyat Tempatan

oleh
24/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak akan meminggirkan penglibatan rakyat tempatan khususnya dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat tempatan termasuk kontraktor-kontraktor kecil akan diberi keutamaan dalam pelbagai bidang termasuk pembekalan makanan dan elektrikal yang boleh merancakkan lagi ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri dan MRL telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau perkara-perkara seperti ini kerana ada beberapa aspek pelaksanaan ECRL yang masih memerlukan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak kami.

“Jadi saya minta rakyat merebut peluang yang ada dan jangan sampai jatuh ke tangan orang luar yang tidak ada kena-mengena,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Stesen Bas Marang, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas perbincangannya bersama Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman di sini malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, rakyat di negeri ini juga tidak perlu risau dengan kebanjiran pekerja dari China apabila projek ECRL disambung kembali kelak memandangkan tenaga kerja yang dibawa masuk hanyalah daripada golongan pakar.

“Oleh kerana pembinaan ECRL dari Kuala Lumpur ke Kelantan adalah secara bersama antara MRL dan China Communication Constructions Ltd. (CCCC), kita bimbang akan berlaku kebanjiran pekerja dari China.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kepastian daripada MRL, kita boleh menarik nafas lega kerana yang datang hanya tenaga pakar yang berkait langsung dengan pembinaan ECRL,” katanya.

Menurut beliau, pekerja China juga akan ditempatkan di kuarters khas dan tidak bercampur dengan masyarakat tempatan yang dikhuatiri mencetuskan isu sosial dan budaya.

Tags: Projek ECRLTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd