• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek ECRL: Malaysia-China Tubuh JV 50:50

oleh
15/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah syarikat usahasama di antara Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction Ltd. (CCCC) akan ditubuhkan bagi menjayakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Syarikat usahasama dengan nisbah kepentingan 50:50 itu bakal bersama-sama membina, mengurus, mengendali dan menyelenggara ECRL.

“CCCC telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam operasi dan penyelenggaraan melalui syarikat usahasama 50:50 dengan syarikat Malaysia, MRL.

“CCCC akan menyediakan bantuan teknikal dan berkongsi risiko operasi selepas projek ini siap.

“Ini akan mengurangkan beban kewangan Malaysia yang mengikut perjanjian asal, perlu menanggung kesemua kos operasi dan penyelenggaraan,” katanya semasa sidang media di sini, hari ini.

Projek ECRL dijangka siap pada 21 Disember 2026 lewat lebih dua tahun berbanding unjuran awal iaitu 30 Jun 2024.

Menurut Dr. Mahathir, susulan pengurangan kos projek kepada RM44 bilion, jumlah pinjaman daripada EXIM Bank China juga akan dikurangkan dengan signifikan.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui jumlah sebenar pengurangan tersebut kerana masih dalam rundingan.

“Namun begitu kami menjangkakan jumlahnya dapat dikurangkan dengan lebih banyak dan seterusnya mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan Malaysia,” katanya lagi.

Tegas Dr. Mahathir, di bawah perjanjian tambahan itu, pembayaran akan dibuat mengikut peratusan kerja yang telah siap dan bukannya tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

Tambahnya, CCCC juga bersedia untuk memulangkan semula wang sebanyak RM1 bilion daripada keseluruhan RM3.1 bilion pembayaran awal yang telah dibayar kerajaan terdahulu bagi melaksanakan kerja-kerja Fasa 2, landasan berkembar Fasa 2 dan landasan berkembar bagi pelanjutan jajaran utara.

Jelasnya, RM500 juta akan dibayar dalam minggu ini manakala baki RM500 juta lagi akan dibayar selewat-lewatnya 12 Mei depan.

Selain itu, perjanjian tambahan itu juga bakal meningkatkan sektor prasarana tempatan dengan penyertaan rakyat Malaysia dalam kerja-kerja kejuruteraan awal meningkat sebanyak 40 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan projek ECRL diteruskan selepas Perjanjian Tambahan (SA) MRL dan CCC dimeterai.

Bagaimanapun, kos pembinaan fasa satu dan dua projek berkenaan diturunkan kepada RM44 bilion.

Ia merupakan penjimatan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asal RM65.5 bilion. – MalaysiaGazette

Tags: Mahathir MohamadProjek ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd