Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Putuskan Tidak Haram...

PUTRAJAYA - Berita baik buat semua penggemar vape serta peniaga rokok elektronik ini...

Chong Wei Tak Sabar...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak...

Agong Berduka Kehilangan Dahlan...

KUALA LUMPUR – ‘Kisah Seorang Biduan’ yang pernah didendangkan Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin...

Dicabar Rakan, Lelaki Hampir...

SEORANG lelaki dari Xinjiang, China hampir maut selepas menelan 8 biji paku berukuran...

PRK Rantau: PH ‘Penumpang’ Kejayaan Tok Mat

REMBAU – PAS mengingatkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sekadar menumpang kejayaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam membangunkan negeri ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, calon Barisan Nasional (BN) itu yang telah berjaya meningkatkan ekonomi dan kewangan negeri ini sepanjang tiga penggal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Justeru, katanya, pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi DUN Rantau kali ini perlu mengekalkan Mohamad semasa hari mengundi esok kerana calon BN itu terbukti seorang pemimpin yang berwibawa.

“Dia (Mohamad) pasti tidak akan memuji diri sendiri, tetapi dia telah tunjukkan kebolehan sebagai Menteri Besar. Puak-puak PH yang menang (Pilihan Raya Umum ke-14) ini cuma ‘menumpang’ apa yang dia kumpul dulu.

“Ada orang mari bersyarah di sini kata Tok Mat (Mohamad) tidak buat apa-apa. Saya ingat malam ini saya akan berceramah guna lilin. Tiada elektrik (di Rantau). Tiada jalan raya. Janganlah cakap melampau sangat,” katanya semasa berucap pada ceramah perdana PRK DUN Rantau di Taman Angsamas dekat sini, malam tadi.

Turut hadir Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Abdul Hadi seterusnya mengingatkan pengundi DUN Rantau supaya tidak mengundi parti ‘Pak Pandir’ yang hanya tahu menyalahkan kerajaan terdahulu apabila tidak mampu menjalankan tangggungjawab sebagai kerajaan.

Katanya, pilihan raya bukan perkara main-main dan sebahagian rakyat berfikiran seperti itu yang membolehkan PH menang pada PRU-14 kerana terpedaya dengan pelbagai janji-janji manis.


Menurut beliau, sebahagian anak muda yang kurang pengetahuan sejarah dan mudah terpengaruh itu namun kini telah sedar selepas mendapati kehidupan rakyat semakin susah.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengakui banyak perkara pernah dilakukan UMNO keatas PAS semasa kedua-dua parti itu berbalah termasuk pemimpinnya dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bagaimanapun, katanya, itu adalah cerita lama yang PAS boleh maafkan kerana perkara yang lebih besar ketika ini adalah menyelamatkan negara daripada PH yang sedang merungkai perpaduan rakyat.

“Orang nak tebuk kapal kita ini. Lempar ke laut orang yang nak tebuk kapal kita ini,” katanya. – K! ONLINE

Kategori