• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Cuba Kelar Leher Ibunya

oleh
29/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai cuba mengelar leher ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tanjung Piring, Kuala Nerang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Noh Idris berkata, dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang berusia 70 tahun sedang berehat di ruang tamu sebelum suspek berusia 35 tahun tersebut datang ke arah mangsa.

“Suspek telah mengambil sebilah sabit kecil dan cuba mengelar leher mangsa namun mangsa berjaya menepis tangan suspek. Selepas itu, berlaku pergelutan hingga menyebabkan lutut bahagian kanan mangsa cedera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk menerima rawatan manakala suspek diberkas polis di rumah sama pada 11.15 malam selepas menerima laporan.

“Suspek yang mempunyai dua rekod lampau itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan motif perbuatan adalah kerana suspek ingin mendapatkan wang daripada ibunya bagi membeli dadah jenis syabu dan heroin,” katanya.

Suspek kini direman sehingga 5 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, katanya.

Tags: anakIbukelar leher
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd