• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

oleh Mohd Arshad
03/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG: “Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah,” kata pesara kerajaan yang mahu dikenali sebagai Abdul Rahman, 68.

Dia berkata, anaknya yang kini berusia 39 tahun mula liar sewaktu berusia 17 tahun.

“Ketika itu, saya sibuk bekerja namun masih memantau perkembangannya. Pada usia 17 tahun, dia mula menunjukkan perubahan sikap bengis apabila diberi nasihat.

“Saya mula tahu dia ambil dadah apabila saya jumpa najis itu dalam biliknya yang berselerak dan semakin lama, dia menjadi semakin agresif,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Kerap mengamuk, jiran jadi takut

Selepas beberapa tahun, keadaan anaknya semakin teruk apabila kerap mengamuk serta menjerit sehingga orang kampung dan jiran takut.

“Pernah berlaku satu kejadian, dia mengamuk dan bawa parang dengan berpakaian tidak senonoh seperti orang gila.

“Saya dan isteri buntu memandangkan sudah beberapa kali anak masuk ke pusat pemulihan namun masih tidak insaf,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun bersyukur apabila kemasukan anaknya itu ke pusat pemulihan buat kali keempat membuahkan hasil apabila tidak lagi mengambil dadah.

“Saya gembira melihat keadaannya kini dan mudah-mudahan dia terus kekal bebas dadah. Disebabkan itu, kami lebih rela dia tinggal bersama adiknya, di Nilai, Negeri Sembilan untuk bina hidup baharu.

“Dengan perubahan itu, hubungan kami menjadi semakin akrab. Dalam tempoh seminggu, kami akan menjenguknya di Nilai atau dia datang melawat kami di sini,” katanya.

Empat kali masuk pusat pemulihan

Sementara itu, isteri Abdul Rahman yang mahu dikenali sebagai Rosni berkata, dia sudah maafkan segala perbuatan anaknya sepanjang tempoh menagih dadah sebelum ini.

“Saya lebih rela dia ambil dadah di rumah kerana mahu dia ada depan mata berbanding di luar. Apabila di rumah, saya rasa saya boleh kawal dia tetapi tidak sebenarnya.

“Justeru itu, saya nasihatkan ibu bapa yang berdepan masalah seperti kami supaya bantu pulihkan anak dengan hantar mereka mendapatkan rawatan. Hubungi pihak berkuasa sekiranya memerlukan bantuan mereka.

“Sayang anak biar bertempat. Jika sayang, bantu pulihkan dia dan jangan biar ia semakin melarat sehingga mengancam keselamatan orang sekelilingnya,” katanya.

‘Syabu buat saya jadi panas baran’

Terjebak dengan najis dadah seawal usia 15 tahun menyebabkan lelaki ini ‘hanyut sehingga pernah menerima rawatan psikiatri di hospital.

Menceritakan pengalamannya yang pernah menjadi penagih dadah tegar, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nazar, 39, berkata dadah pertama diambilnya adalah syabu atas alasan berhibur.

BHonline-

Tags: anakdadah
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

PDRM Telah Siasat Individu Yang Didakwa Perdaya Pannir, Tiada Boleh Dikaitkan, Tiada Operational Value

PDRM Telah Siasat Individu Yang Didakwa Perdaya Pannir, Tiada Boleh Dikaitkan, Tiada Operational Value

08/10/2025
0

PDRM Telah Siasat Individu Yang Didakwa Perdaya Pannir, Tiada Boleh Dikaitkan, Tiada Operational Value Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 7 Oktober...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd