JOHOR BAHRU – Jabatan siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bertindak melupuskan pelbagai jenis dadah melibatkan berat 159.07 kilogram(kg) dengan nilai keseluruhan RM20.61 juta dalam tempoh 2006 sehingga hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, bahan terlarang terbabit melibatkan sebanyak 3,800 kes itu dihapuskan selepas selesai proses analisis kimia dan perundangan mahkamah.
“Dadah yang paling banyak dilupuskan adalah ketamin seberat 116.71kg, kanabis (30.95kg), mitragynine (34.76 liter) dan codien (7.60 liter).
“Turut dilupuskan ialah 42.30 kiter ubat batuk dan cecair dadah yang akan dihantar ke tapak pelupusan sisa toksik di Pusat Kualiti Alam di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Lukas berkata, perolehan rampasan dadah itu juga melibatkan tangkapan seramai 6,663 suspek melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah di seluruh negeri.
“Dadah yang dirampas dupercatau mampu menampung kira-kira 100,000 penagih di negeri ini,” katanya. – K! ONLINE