• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Jangan Lengah Lagi Tubuh RCI – Majlis Peguam

oleh
16/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Diraja ke atas badan kehakiman.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Abdul Fareed Abdul Gafour berkata, selama 53 hari sudah berlalu selepas Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan salah laku dan campur tangan dalam badan kehakiman.

Dakwaan itu telah didedahkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

“Bagaimanapun tidak ada butiran perincian mengenai komposisi RCI atau terma-terma rujukan bagi suruhanjaya tersebut.

“Lantaran itu, kami mahu kerajaan bertindak menubuhkan RCI tanpa berlengah lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Fareed, siasatan menyeluruh dan segera perlu dilakukan untuk memastikan fakta dan sejauh mana campur tangan dalam keupayaan hakim membuat keputusan yang tidak memihak.

Ia juga perlu bagi mengambil langkah-langkah untuk memastikan tidak ada paksaan, pengaruh atau ancaman pernah dikenakan ke atas mana-mana hakim.

Pada 14 Februari lepas, Hamid telah memfailkan afidavit mengenai dakwaan salah laku oleh hakim-hakim yang tidak dinamakan.

Dokumen tersebut dibuat bagi menyokong permohonan peguam Sangeet Kaur Deo ke mahkamah memohon Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum diisytiharkan gagal dalam menjalankan tugas apabila gagal menyempurnakan siasatan terhadap dua kes campur tangan badan kehakiman.

Satu daripada kes itu adalah kes hasutan terhadap bapa Sangeet, mendiang Karpal Singh dan satu lagi kes membabitkan Hamid yang mendakwa beliau ditegur seorang hakim atasan kerana membuat penghakiman berbeza dalam kes penukaran agama tiga anak M Indira Gandhi.

Hamid yang juga menggesa RCI ditubuhkan dalam afidavitnya berkata, gesaan menubuhkan RCI itu dibuat atas permintaan Sangeet dan beliau berbuat demikian mengikut sumpah jawatannya iaitu menegakkan Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

Tags: Badan Kehakimanmajlis peguamRCI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd