• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Akan Kecilkan Jumlah Penjawat Awam

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak akan melaksanakan kawalan saiz perkhidmatan awam secara berfasa bermula pada tahun ini sehingga 2021 seperti yang dicadangkan kerajaan Persekutuan.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan berkata, dasar untuk mengecilkan dan mengawal saiz perkhidmatan awam telah dipanjangkan kepada kerajaan negeri kerana jumlah perjawatan sebanyak 1.7 juta yang sedia ada di Malaysia adalah termasuk perkhidmatan awam negeri.

Menurutnya, kawalan saiz perkhidmatan awam itu bukan perkara baharu kerana ia telah dilaksanakan kerajaan sejak tahun 2015.

“Pelaksanaan kawalan tersebut sebagai langkah mengoptimumkan sumber manusia sektor awam melalui pewujudan jawatan secara tukar ganti, penyusunan semula perjawatan, penetapan had siling pengisian jawatan, rasionalisasi skim perkhidmatan dan penyediaan dokumen deskripsi tugas.

“Bagaimanapun tidak melibatkan penjawat awam sedia ada yang sedang berkhidmat tetapi ia dilaksanakan melalui kaedah pemansuhan jawatan jumud, pemansuhan Jawatan Sementara Perubahan Skim (JSPS) dan jawatan yang tidak diisi melebihi tempoh dua tahun,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Datuk Khairuddin Tarmizi (Hutan Melintang-BN) pada sesi soalan lisan sempena Sidang DUN Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Menurutnya, kaedah pelaksanaan kawalan saiz perkhidmatan awam ini termasuklah melalui penyusunan semula perjawatan bagi mengelakkan pertindihan fungsi, serah urus fungsi, penyampaian perkhidmatan alternatif, penswastaan, pengasingan sepenuhnya badan berkanun, automasi dan pengisian jawatan baharu secara berhemah mengikut keperluan.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata, jumlah penjawat awam Perak yang terkini seramai 13,390 orang.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, seramai 5,643 di jabatan negeri; 1,705 di pentadbiran tanah dan daerah; pihak berkuasa tempatan (4,683) dan badan berkanun negeri (1,359). – Sinar Harian

Tags: DAPPenjawat AwamPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd