• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Rantau Beri Tok Mat Menang Besar – Najib

oleh
06/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diminta memberi kemenangan besar yang bakal menggegarkan negara kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kemenangan besar kepada Mohamad dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau bakal memberi perubahan besar kepada landskap politik negara selepas ini.

“Kalau kita mahu perubahan landskap (politik) dalam tanah air maka kita mesti beri kemenangan besar kepada Tok Mat (Mohamad).

“Tok Mat dah banyak jasa pada kita. Dia tolong banyak sekolah Tamil, kuil pun dia tolong. Masjid banyak diberi. Jadi macam mana mahu lagi. Tok Mat pilihan kita,” katanya pada program Santai Bossku Bersama Tok Mat Dengan Masyarakat India di Bandar Ekar dekat sini malam tadi.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan kemudian secara berseloroh berpesan kepada pengundi Rantau supaya tidak memalukan ‘bossku’ iaitu jolokan netizen kepada beliau dengan memberi kemenangan kepada Mohamad.

Sementara itu, katanya, beliau dituduh sebagai perompak oleh Pakatan Harapan (PH), tetapi realitinya rakyat hidup lebih senang pada zaman pentadbiran beliau berbanding sekarang.

Tambahnya, beliau dituduh sebagai pencuri oleh PH, tetapi hakikatnya beliau tidak menjual harta negara, sebaliknya menambah harta negara sepanjang menjadi Perdana Menteri.

“Mereka sakit hati dengan saya. Tak mengapa. Rakyat jadi pembela saya. Saya nak beritahu saya bukan pencuri, tetapi pencuri hati rakyat. Mereka bersama saya InsyaAllah,” katanya. – K! ONLINE

Tags: Mohamad HasanNajib Tun RazakPRK Rantau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd