• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO, PAS Johor Jumpa TMJ

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan beberapa Ketua Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas negeri di Istana Pasir Pelangi, di sini, semalam.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata, kunjungan berlangsung selama dua jam bermula 5 petang itu adalah untuk membincangkan cadangan dan hala tuju pembangunan Johor di masa akan datang.

“Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS Johor menjunjung kasih kepada Tunku Ismail yang sudi meluangkan masa menerima kunjungan kami.

“Perbincangan dan lontaran idea pada pertemuan ini adalah fokus kepada pembangunan dan hala tuju Johor sebagai sebuah negeri bertuah di selatan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Hairi berkata, menerusi pertemuan itu, Tunku Ismail turut menyuarakan kesudian dan keterbukaan beliau untuk bertemu sesiapa sahaja yang mahu berbincang serta menyuarakan pandangan.

“Semestinya, Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS Johor berbesar hati dengan sikap prihatin ditunjukkan Tunku Ismail itu selain memaklumkan perkara itu adalah pendirian asas perjuangan kami yang mahu menegakkan agama, bangsa dan negara.

“Kami juga turut bersama-sama di belakang Tunku Ismail dalam menegakkan kedaulatan Institusi Diraja terutama untuk Negeri Johor,” katanya.

Seramai 26 Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan dua Dewan Pemuda PAS negeri telah terlibat bersama-sama dalam pertemuan berkenaan. – Sinar Harian

Tags: JohorPASTunku Ismail Sultan IbrahimUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd