• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Menyokong Pendirian Dr. Asri

oleh
30/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMUDA UMNO hari ini menyokong Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang dilabelkan “pekak” oleh perdana menteri selepas mendakwa pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak “mempertahankan Islam”.

Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki turut menggesa Asri terus lantang bersuara mempertahankan kepentingan Islam di negara ini.

“…akhirnya sahabat saya, Dr. Asri mengakui realiti kedudukan Islam di zaman PH yang disifatkan beliau terus dibuli dan tidak selamat.

“Moga Dr. Asri dapat kembali lantang membongkar segala kecelaruan dan kepalsuan kerajaan PH hari ini, terutamanya yang berkaitan kepentingan Islam, ummah dan rakyat keseluruhannya,” tulisnya di Facebook.

Semalam, Dr. Mahathir Mohamad membidas Asri “pekak” selepas mendakwa suara “mempertahankan Islam” sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin PH sekarang.

Perdana menteri dilaporkan berkata, jika Asri boleh mendengar, sudah tentu dia tahu pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan PH demi Islam dan umatnya.

Hari ini, Asyraf berkata, Asri pernah menghubunginya untuk meminta Pemuda UMNO menyokong kenyataannya mendakwa kerajaan PH pilih kasih kerana membuat pendakwaan terpilih atas penahanan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

“Sememangnya Pemuda UMNO amat tegas dalam hal sebegini, bahkan sudah berkali-kali menyuarakan dengan lantang sikap pilih kasih kerajaan PH dalam isu seperti ini.

“Sehingga hari ini tiada kedengaran pemimpin mereka seperti P Waytha Moorthy mahupun M Kulasegaran yang terang-terang menghasut dan mencetuskan ketegangan agama dan kaum dalam video-video ucapan mereka, direman mahupun diambil tindakan walaupun ratusan laporan polis sudah dibuat.”

Sebelum ini, Asri dilaporkan membidas penahanan Zamri yang didakwa menghina agama Hindu dalam satu ucapan di Masjid As Siddiqin di Kampung Panchor, Kelantan pada 30 Disember 2018.

Katanya, Zamri ditahan kerana berkongsi pengalaman peribadi menukar agama, tetapi individu dalam kerajaan yang dianggap menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum “hanya dipanggil untuk memberi keterangan”. – FMT

Tags: Asyraf Wajdi DusukiMohd Asri Zainul AbidinPemuda UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PAGI ini, muncul satu berita membosankan yakini bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd