• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pertahankan Sekolah Vernakular

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS menolak pandangan bahawa sekolah vernakular menjadi punca yang telah merosakkan perpaduan kaum di negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah tidak tepat untuk mendakwa polemik perkauman yang berlaku disebabkan sekolah aliran Cina dan Tamil sedangkan institusi pendidikan itu sudah lama wujud di negara ini.

Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak ada masalah dengan sekolah vernakular selagi ia mengikut dasar pendidikan kebangsaan walaupun menggunakan bahasa pengantar sendiri.

“Kita hormati selagi sekolah vernakular mengikut dasar pendidikan kebangsaan dan inilah pendirian PAS, kalau nak kata sekolah ini timbulkan polemik perkauman tak boleh juga.

“Kita ada banyak lagi faktor polarisasi kaum kerana kita warisi apa yang ditinggalkan penjajah, orang Cina ada kawasan dia, orang Melayu ada kawasan dia, tidak ada pencampuran ditambah isu bahasa menyebabkan kita walaupun lebih 60 tahun merdeka masih bermasalah, termasuklah juga parti-parti berasaskan perkauman,” katanya selepas menyampaikan kuliah di hadapan Bangunan Badan Perhubungan PAS negeri di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman dalam sesi soal jawab Sidang DUN Pahang pada Selasa lalu yang dilaporkan berkata, sekolah vernakular telah merosakkan perpaduan kaum dalam negara.

Semalam, UMNO melalui Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa kenyataan Mohd Fadil tersebut adalah pandangan peribadi dan tidak mencerminkan sama sekali dasar dan pendirian parti yang mengiktiraf kedudukan sekolah vernakular sebagai sesuatu yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, satu formula perlu dicari untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara ini dengan meletakkan rasa hormat sebagai asas utama.

“PAS tolak pandangan ADUN tersebut walaupun hasrat beliau positif tetapi (sekolah vernakular) bukanlah faktor.

“Kita hendaklah secara jujur anggap negara ini perlu cari formula, letak asas penghormatan, contoh di Kelantan sewaktu Peristiwa 13 Mei (perbalahan) tidak berlaku walaupun ada penduduk bukan Islam kerana sikap saling hormat dan toleransi yang tinggi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: PASSekolah VernakularTuan Ibrahim Tuan Man
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menyindir kemelut yang melanda PAS dan BERSATU dengan...

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd