• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Cari Acap Sah Ditangguhkan Sementara

oleh
17/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau dikenali sebagai Acap ditangguhkan sementara bermula hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, penangguhan itu dilakukan selepas gagal memperoleh petunjuk baharu selepas 25 hari usaha pencarian dilakukan sama ada dalam bentuk operasi mahupun siasatan di luar konteks.

Menurutnya, mangsa masih tidak ditemui setelah menggunakan pelbagai kaedah di kawasan pencarian dari 35km kepada 48km persegi.

“Ia bagi membolehkan pasukan penyelamat merangka strategi lain yang mungkin boleh membantu mengesan mangsa berdasarkan kepada pengalaman yang lepas.

“Selain itu, ia bertujuan untuk menghadkan pergerakan-pergerakan pencarian oleh orang ramai di kawasan terlibat sehingga boleh mengganggu sensitiviti masyarakat serta memberi ruang kepada penduduk melaksanakan tindakan mengesan mangsa dalam konteks setempat,” katanya.

Razarudin berkata, penangguhan itu dapat memberi ruang kepada keluarga untuk bertenang serta mengelakkan mereka menjadi sasaran kepada berita atau kenyataan yang tidak benar.

“SAR peringkat pertama dilakukan selama tujuh hari bermula 24 Mac lalu meliputi 16 lokasi darat dan air selain pemeriksaan di penginapan dan hospital berhampiran.

“Usaha pencarian diteruskan di peringkat kedua sehingga semalam dalam skala kecil yang dijalankan termasuk Pasukan Khas Operasi Taktikal Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Selangor dan Negeri Sembilan serta orang awam,” katanya.

Dalam kejadian 23 Mac lalu itu, Acap yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 km disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas pertandingan itu. – Sinar Harian

Tags: kes kehilanganMohammad Ashraf Hassanoperasi SAR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

12/11/2023
0

KULIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru, Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dalam hutan di...

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

09/07/2023
0

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang diteruskan hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd