• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nak Buat Kolej, Buatlah… Jangan Cakap Saja” – Tok Mat

oleh
01/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengalu-alukan hasrat lawannya daripada Pakatan Harapan (PH) yang mahu membuka institusi pengajian tinggi atau kolej di Rantau.

Beliau mahu Dr. S. Streram membuktikannya dan tidak sekadar menabur janji semata-mata.

Bagaimanapun, katanya, jumlah penduduk di Rantau tidak begitu ramai menyebabkan penubuhan kolej bukan satu keperluan mendesak.

“Baguslah idea tu. Jadi buatlah kolej jangan tak buat. Jangan cakap saja. Sebab kadang-kadang PH ni dia cakap saja. Janji lama tak buat lagi, janji baharu nak ditaburkan.

“Ini kerana kalau di Rantau ini nak mewujudkan kolej, penduduk Rantau ini tak besar,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama BN, di sini, pada Isnin.

Ketika berkempen di Kampung Sawah, Dr. Streram berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk membangunkan institusi pengajian tinggi di Rantau memandangkan IPT yang terdekat ialah di Pedas dan Seremban.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pelbagai usaha dilakukan beliau sebelum ini termasuk mewujudkan Malaysia Vision Valley bagi meluaskan kawasan negeri dan sekali gus membina lebih banyak institusi pengajian tinggi serta kawasan industri.

“Sebab itu saya nak besarkan Negeri Sembilan ini dijadikan ia sebagai sebahagian Lembah Klang yang besar. Seremban dan Port Dickson sudah dimasukkan dalam The Greater Klang Valley,” tambahnya.

Mengenai peluang pekerjaan kepada anak muda di Rantau, Mohamad berkata pewujudan Sendayan Tech Valley berjaya menyediakan pekerjaan kepada kira-kira 4,000 orang daripada golongan itu.

Malah, ia sekali gus mengurangkan penghijrahan orang muda ke negeri lain terutama Kuala Lumpur.

“Sendayan Tech Valley ini banyak peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dan ramai anak tempatan telah berjaya balik bekerja di tempat sendiri seperti STV itu 3,000 ke 4,000 pekerjaan telah diwujudkan dan banyak lagi industri akan diadakan.

“Rantau ini adalah sebahagian Malaysia Vision Valley yang kita cadangkan dulu. Kalau kita teruskan maka Rantau akan masuk dan adalah sebahagian daripada rangka rancangan besar untuk membangunkan Negeri Sembilan,” kata beliau lagi.

Namun sebagai parti pembangkang, BN tidak dapat membuat dasar-dasar melibatkan pekerjaan, tetapi cukup untuk menjadi parti yang mendesak kerajaan. – ASTRO Awani

Tags: Mohamad HasanPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd