• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesti Siasat Menteri Dakwaan Rampasan Kuasa

oleh
09/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Polis diminta menyiasat dua menteri Kabinet yang mendakwa kerajaan membuat keputusan menarik diri dari Statut Rom kerana bimbang berlaku rampasan kuasa di negara ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan yang dibuat oleh mereka yang berada dalam pentadbiran kerajaan berhubung isu tersebut perlu dipandang serius.

“Ada menteri-menteri yang mempolitikkan perkara itu. Sebab itu saya cadangkan menteri berkenaan mesti disiasat kerana ia satu tuduhan. Menteri tak boleh cakap sesuka hati.

“Istilah akan ada rampasan kuasa yang didakwa sendiri oleh anggota pentadbiran kerajaan adalah perkara besar. Bermakna kerajaan ada maklumat bahawa ada pihak nak rampas kuasa.

“Kita tidak mahu berlaku kudeta dalam negara. Jatuh bangun kerajaan dalam negara kita selama ini melalui proses demokrasi. Oleh kerana dua menteri menyebut perkara yang sama, kita kena pandang serius.

“Kita harap pihak polis tidak memihak dan tak memandang kecil perkara itu. Orang berkenaan mesti beri kenyataan dan bukti bahawa ada perancangan rampasan kuasa oleh sesiapa sahaja seperti didakwa,” katanya selepas Ceramah Sepentas Barisan Nasional (BN) Muafakat Rakyat di Taman Kelab Tuanku di Rantau di sini malam tadi.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan menarik diri daripada menyertai Statut Rom dibuat dalam mesyuarat Kabinet setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja.

Statut itu ditandatangani pada 4 Mac lalu tanpa makluman serta perbahasan di Parlimen dan dikatakan tanpa melalui persetujuan Majlis Raja-Raja.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh meminta kerajaan supaya berterus terang dan memberi gambaran jelas tentang apa dilakukan oleh Majlis Raja-Raja dalam isu Statut Rom.

“Adalah sangat tidak adil gambaran sebenar tidak diterangkan oleh kerajaan kerana Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh keluarkan kenyataan politik, tak boleh buat sidang akhbar.

“Apa yang saya tahu Majlis Raja-Raja tidak buat seperti yang digambarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan, maknanya bukan Majlis Raja-Raja yang hasut rakyat dalam isu ini tetapi mereka yang hasut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Annuar MusaMenterirampasan kuasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd