Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Heliza Helmi, Suami Yatt...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memaklumkan dia bersama rombongan...

Fitnah Terbesar PKR! –...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang meneruskan fitnah ke atas Perdana Menteri dengan mendakwa...

Tutup Saman: 2 Lagi...

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini membenarkan dua anggota polis dari Jabatan...

Pulau Pinang Perkenal Jersi...

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari ini memperkenalkan jersi...

“Menteri Kewangan Lebih Berkuasa Daripada PM”

BALING – Ketua Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melebihi kuasanya dan dilihat berlebih-lebih daripada perdana menteri.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi mendakwa, Guan Eng seperti ada kuasa besar hingga membuat keputusan yang melangkaui Kabinet.

“Kenapa kuasa besar? Dia boleh buat keputusan melangkaui Kabinet serta tidak merujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Sebab itu jika kita tengok, dia beri cek-cek… dia pergi sekolah dan universiti Cina.

“Dia bagi peruntukan yang tidak diisytihar dalam bajet negara… tiada dalam bajet negara, bahkan menyalahi perlembagaan, kerana kita tidak boleh membiayai sekolah-sekolah di luar daripada dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya di hadapan kira-kira lebih 1,000 penyokong PAS dan UMNO dalam program Ceramah Perpaduan Ummah di tapak pembinaan kompleks PAS Baling, malam tadi.

Asyraf berkata, selepas negara mencapai kemerdekaan, kerajaan menubuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKT) Tamil.

“Waktu zaman Tun Abdul Razak sekolah-sekolah ini (SJKC dan SJKT) dimasukkan dalam dasar pendidikan negara.

“Maknanya siapa masuk SJKC akan belajar mata pelajaran dan kokurikulum ditentukan kementerian pelajaran, cuma ada mata pelajaran tambahan dalam bahasa Cina,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kewujudan Sekolah Menengah Persendirian Cina tidak ada dalam dasar pendidikan kebangsaan.

“Belajar sejarah, komponen utamanya sejarah tanah besar China.

“Dia tak mahu belajar sejarah tanah air kita,” katanya.

Asyraf berkata, lebih membimbangkan pertubuhan Dong Zhong yang mewujudkan sistem penilaian Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi setiap sekolah Menengah Persendirian Cina.

“Kita dulu betul-betul berkrompomi untuk iktiraf, tapi dengan syarat wajib iaitu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah, tapi mereka tolak.


“Selepas mereka jadi kerajaan, perkara ini (UEC) dijadikan agenda besar, terbaru Peguam Negara, Tommy Thomas boleh isytihar, siapa ambil UEC diiktiraf, boleh ambil sijil guaman,” katanya.

Beliau berkata, Peguam Negara perlu bersifat adil dengan mengiktiraf para graduan undang-undang daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Sampai hari ini (graduan USIM) tidak diiktiraf Peguam Negara maknanya tidak boleh ambil dengan mudah sijil guaman, ini pilih kasih, satu bentuk rasis, dia kata kita rasis!

“Makna rasis ialah mengutamakan kaum sehingga zalimi orang lain, kita UMNO dan PAS tidak pernah zalimi orang lain, kita hormati agama dan kaum lain, kerana itu Malaysia mampu hidup dalam aman, harmoni dan stabil hampir 60 tahun,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Asyraf menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof sebagai pembohong apabila masih belum mengumumkan hibah kepada para pendeposit Tabung Haji (TH).

“Beliau (Mujahid) jual aset bernilai RM10 bilion pada harga RM19.6 bilion. Untung sepatutnya RM9.6 bilion, dia kata TH ditinggalkan pengurusan lepas rugi RM4.1 bilion.

“Dalam tempoh tiga bulan selepas jual (aset TH) dia kata TH sudah untung, ini betul-betul silap mata.

“Pernah tuan-tuan dengar mana-mana syarikat di dunia rugi besar, bukan rugi RM1 atau RM2, tapi kononnya rugi RM4.1 bilion dan untung hanya dalam tempoh tiga bulan selepas jual aset-aset TH,” katanya yang mempersoal di mana bayaran hibah sekiranya TH benar merekodkan keuntungan.

Asyraf berkata, berbanding zaman BN, kerajaan bukan sahaja tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membayar hibah, tetapi pembayaran dibuat tidak melebihi bulan Februari. – Sinar Harian

Kategori