Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Speaker Izin Isu Banjir...

Kuala Lumpur : Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun bersetuju...

19 Warga China Ditahan...

SHAH ALAM - Seramai 19 warga China ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti...

Lapor Jika Ragu Kuih...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyiasat di...

Rohingya: Ayuh Menderma Kempen...

300 ribu umat Islam Rohingya kini bertebaran menjadi pelarian dalam krisis kemanusiaan terburuk...

Mengapa Tunku Ismail Berundur Jadi Presiden FAM…

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam tidak kisah jika dikecam atau dituduh mahu ‘menjilat’ Tunku Ismail Sultan Ibrahim, asalkan beliau dapat menjelaskan fakta sebenar mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu kepada peminat bola sepak.

Dalam satu video berdurasi tiga minit yang dimuat naik oleh MFL dalam Facebook mereka hari ini, Kevin mendedahkan pengorbanan yang telah dilakukan Tunku Ismail untuk membantu pasukan-pasukan lain, biarpun pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sering dimusuhi.

Malah, beliau turut mendedahkan, tindakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan disebabkan beliau tidak tahan tekanan seperti didakwa banyak pihak tetapi kerana memberi sepenuh tumpuan kepada usaha membantu MFL.

“Saya tahu dengan keluarnya temubual ini, orang akan kata saya mahu menjilat dan mereka akan mengutuk saya kerana memberi kata-kata positif mengenai Tunku Mahkota Johor, tetapi saya tidak kisah.

“Sebab, bila ada seorang anak raja ini telah melakukan pengorbanan yang begitu banyak untuk membantu bola sepak negara, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kepada orang ramai.

“Ramai yang tidak tahu, MFL adalah pencetus kepada kejayaan FAM. Kalau MFL berjaya maka FAM akan berjaya tetapi untuk memikul dua tanggungjawab besar, beliau (Tunku Ismail) tidak boleh fokus.

“Jadi, Tunku Ismail mengambil keputusan untuk menumpukan kepada jawatan yang kurang prestij iaitu Pengerusi MFL dan meninggalkan jawatan yang lebih prestij, Presiden FAM bagi membantu bola sepak,” kata Kevin.


Menurut Kevin, tindakan Tunku Ismail menukar perlembagaan MFL juga membolehkan 24 buah pasukan yang bernaung di bawah pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu menikmati imbuhan.

“Saya gelar ia sebagai ‘langkah TMJ’. Keberanian beliau menukar perlembagaan MFL untuk menggerakkan badan ini dipersetujui oleh 24 buah pasukan dan telah menukar hala tuju kami.

“Bagi saya ia satu kejayaan paling besar dan kalau bukan Tunku Mahkota yang melakukannya, tiada sesiapa…pada bila-bila masa akan bertindak seperti itu.

“Kalau langkah ini tidak diambil, maka pasukan tidak akan mendapat imbuhan seperti yang kita beri tahun lalu dan pada tahun-tahun mendatang, termasuk tahun ini,” ujarnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Kategori