• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menangis Lihat Anak Kali Pertama Selepas Koma 138 Hari

oleh
03/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang ibu yang koma selama 138 hari akibat komplikasi semasa beranak hanya mampu mengalirkan air mata melihat anak lelaki sulungnya buat kali pertama semalam.

Perasaan Norfadilla Che Par, 28, yang gembira bercampur sebak melihat bayinya, Muhamad Syahmi Mohd. Saiful yang dilahirkannya itu kini sudah hampir memasuki usia lima bulan.

Wanita itu koma selepas menjalani pembedahan untuk bersalin dan mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya turut berhenti selama 10 minit mengakibatkan oksigen tidak sampai ke otak.

Bayi itu bagaimanapun selamat dilahirkan dengan berat 3.7 kilogram serta dalam keadaan sihat.

Suaminya, Mohd. Saiful Sudin, 29, berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana isterinya kini beransur pulih kira-kira 80 peratus namun masih berada dalam pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini.

“Dia tidak mampu bercakap lagi namun menyatakan hasrat melalui isyarat untuk menatap wajah anak sulung kami. Doktor memberikan kebenaran dan pertemuan itu diaturkan semalam.

“Bagi mengelakkan bayi kami terkena jangkitan di wad, isteri dan anak saya dipertemukan di hadapan dewan bedah ICU ini. Isteri hanya mampu mengalirkan air mata, saya fikir perasaan gembira bercampur baur dengan sebak apabila menatap cahaya mata kami buat kali pertama,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Mohd. Saiful berkata, isterinya mula menunjukkan tanda positif untuk pulih secara perlahan-lahan pada Januari lalu.

“Sebaik tersedar baru-baru ini dia hanya melihat gambar anak kami di telefon bimbit kerana bayi tidak boleh dibawa memasuki wad. Namun, doktor suruh bawa anak ke hospital pada pukul 10 pagi semalam.

“Jadi dia menyentuhnya buat kali pertama semalam dan memang dia hanya mampu mengalirkan air mata sahaja sepanjang waktu itu,” katanya. – K! ONLINE

Tags: anakIbuKoma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd