• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Main Tabur Saja Perkataan ‘One-Off’ Maszlee”

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan ‘bersahaja’ Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berhubung penawaran tempat kepada pelajar India ke program matrikulasi hanya sekadar ‘one off’ oleh kerajaan terdahulu mendapat kecaman.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kesal terhadap Maszlee yang menganggap peruntukan sebanyak 2,200 pelajar India ke program itu oleh BN pada tahun lepas hanya ‘one off’ atau sekali sahaja dan ia dilakukan pada tahun itu.

Kata Najib, kerajaan BN tidak pernah memperuntukan dan menghadkan tawaran tambahan kepada pelajar India untuk sekali sahaja pada tahun itu, sebaliknya ia adalah tambahan daripada 1,500 pelajar sejak 2012 kepada 2,200 pelajar.

“Main suka hati saja Maszlee guna perkataan ‘one-off’. Silap langkah, Maszlee dan PH pun ‘one-off’. Maszlee tulis panjang-panjang ini saya tolong rumuskan.

“Tawaran 2,200 tempat untuk pelajar India ke program matrikulasi pada tahun 2018 oleh Barisan Nasional bukan tawaran ‘one off’. Itu adalah dasar yang kami tambah baik dari angka 1,500 yang diperkenalkan tahun 2012.

“Barisan Nasional sudah ada perancangan juga untuk meningkatkan jumlah ini pada masa depan. Kami juga sentiasa cuba bantu lebih ramai lagi pelajar masyarakat India TANPA mengambil kuota hak-hak komuniti lain.

“Jangan main tabur saja perkataan ‘one-off’,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau sebentar tadi.

Maszlee dalam kenyataan hari ini mendakwa, tawaran 2,200 dan 1,000 tempat kepada pelajar berketurunan India dan Cina dalam program matrikulasi adalah inisiatif ‘one-off’ bagi 2018.

Malah jelas Maszlee, dasar pengambilan program matrikulasi masih mengekalkan 90 peratus tempat kepada Bumiputera dan 10 peratus tempat kepada bukan Bumiputera berdasarkan meritokrasi.

Dalam pada itu, Najib yang pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan menyoal Maszlee dan pimpinan PH adakah kaum lain seperti India dan Cina bukan rakyat negara ini yang selayaknya di bantu seperti lain.

“Apakah kaum India dan kaum Cina bukan rakyat Malaysia yang perlu kami bantu juga? Inilah jadinya bila orang yang tahu pasal nak tukar kasut saja, diminta jaga hal pendidikan negara,” sindir Najib.

Kenyataan Ahli Parlimen Pekan itu mendapat reaksi positif warga net sambil melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Maszlee.

Sejak minggu lepas kecoh tentang kegagalan pelajar India yang cemerlang mengikuti program matrikulasi.

Pelajar dipercayai pangkat 10A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun tidak dapat dipastikan mengapa mereka gagal mendapat tempat untuk mengikuti matrikulasi.

Pelajar terbabit yang sempat bercakap dengan MalaysiaGazette mengakui telah mengemukakan rayuan kerana maahu mengikuti program matrikulasi. – MalaysiaGazette

Tags: Maszlee MalikmatrikulasiNajib Tun Razakpelajar india
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Minta Semua Pelajar Cemerlang 10A SPM 2025 Diberi Penempatan Automatik Matrikulasi

DAP Minta Semua Pelajar Cemerlang 10A SPM 2025 Diberi Penempatan Automatik Matrikulasi

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP meminta semua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang mendapat 10A ke atas diberikan penempatan...

Prabowo Runding Lantikan Kabinet Dengan Sekutu

KPM Perluas Pengambilan Calon Guru PISMP Kepada Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

13/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu kekurangan guru, Kementerian Pendidikan (KPM) meluaskan pengambilan calon guru kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd