• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Kentut Sebagai Buli

oleh
01/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Satu kes buli di tempat kerja difailkan seorang jurutera terhadap bekas penyelianya yang didakwa suka kentut telah ditolak Mahkamah Rayuan negeri Victoria hujung minggu lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Mahkamah tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Agung Australia bahawa walaupun dakwaan David Hingst, 56, itu benar, kentut tidak semestinya dianggap satu tindakan membuli.

Hingst, bagaimanapun, enggan mengalah dan mahu membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi iaitu peringkat terakhir rayuan dalam sistem perundangan Australia.

Dia turut menuntut ganti rugi sebanyak A$1.8 juta (RM5.2 juta) daripada bekas majikannya di Melbourne iaitu syarikat Construction Engineering.

Bekas penyelianya, Greg Short didakwa masuk ke pejabat Hingst yang tiada tingkap beberapa kali sehari semata-mata untuk kentut malah dituduh menganggap perbuatan itu sebagai satu bentuk lawak jenaka.

“Dia pernah kentut di belakang saya sebelum melarikan diri dan mengulanginya sebanyak lima ke enam kali setiap hari,” kata Hingst ketika ditemui pemberita di luar mahkamah. Short bagaimanapun menyatakan dia tidak ingat pernah kentut di pejabat Hingst.

Hingst bekerja sebagai pentadbir kontrak di syarikat itu antara Mei 2008 hingga April 2009 dan mendakwa sering dibuli di tempat kerja sebelum dia dipecat. – Agensi

Tags: bulikentutmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd