• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Gugurkan Kes Cabul Shahidan

oleh
24/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menggugurkan kes bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Ainul Shahrin Mohamad selepas remaja berusia 15 tahun itu yang hadir sebagai saksi kelima tidak mahu meneruskan perbicaraan dan meminta kes diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.

Perbicaraan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu menampilkan lima saksi pendakwaan iaitu Pengurus DSSK Buskers, Azhar Hassan,49,; isteri anggota kumpulan itu, Junaira Mohd. Nasir,26,; anggota polis, Inspektor Nor Zuki Husin; Pegawai Penyiasat, Abdul Fatah Abdullah dan mangsa sendiri.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya Perlis, Mohd. Nordin Ismail manakala Shahidan, 68, diwakili peguam, Zamri Ibrahim yang dibantu Zuhair Ahmad Zakwan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.

Syed Muhammad ketika ditemui berkata, mahkamah hari ini menggugurkan kes selepas mangsa yang dipanggil sebagai saksi kelima meminta kes tidak diteruskan dan diselesaikan secara baik.

Mengikut pertuduhan, bekas Menteri Besar Perlis itu didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta jenis Toyota Harrier di tepi jalan pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada pukul 11.30 malam, 20 Oktober tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dipenjara tidak lebih 10 tahun serta sebatan. – K! ONLINE

Tags: amang seksualcabulShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

04/12/2025
0

Kota Bharu: Seorang guru mengaji didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd