• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mahathir Tidak Mahu Anwar Jadi PM” – Asyraf Wajdi

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahukan dua pertiga kerusi dalam Parlimen kerana mahu menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Itu dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang berpendapat Ketua AMK, Akmal Nasir perlu risaukan kerana Anwar adalah presidennya.

“Saya tak rasa, dua pertiga seperti yang dikatakan sebentar tadi (komen penelis, Dr. Mazlan Ali) saya tak rasa Tun Dr. Mahathir nak dua pertiga untuk persempadanan, tapi beliau tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

“Itu yang patut Akmal risau kerana Anwar adalah presidennya. Kalau kata Akmal jujur PH hanya martabatkan demokrasi matang, mereka seharusnya matang untuk tidak terima ahli UMNO yang dianggap sampah, korup.

“Tetapi kerana nak puaskan hati perdana menteri yang tak mahu presiden PKR menjadi perdana menteri, dia masukkan Ahli Parlimen UMNO. Itu yang saya fikir Akmal patut perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Ke-99 bertajuk ‘PAS – UMNO Bergabung, Apa Kesan Demografi Politik?’ di Auditorium Karangkraf, di sini, petang tadi.

Tambah beliau, biarkan UMNO dan PAS terus bekerjasama demi kebaikan umat dan beliau merasakan kedua-dua parti itu perlu terus suarakan suara rakyat yang kini semakin gelisah dengan kos sara hidup kian meningkat. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimAsyraf Wajdi DusukiMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buku Tulisan Nana Menang Buku Umum Terbaik

Next Post

Lelaki Mengamuk Gagal Keluar Duit ATM Ditembak

Related Posts

Anwar Ucap Terima Kasih, Ulangi Permohonan Maaf Lewat Tunai Janji – PMO

Anwar Ucap Terima Kasih, Ulangi Permohonan Maaf Lewat Tunai Janji – PMO

24/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat terhadap kesabaran dan sokongan yang...

‘Saya Hanya Akan Letak Jawatan Jika Terbukti Curi Duit Rakyat’ – Anwar

‘Saya Hanya Akan Letak Jawatan Jika Terbukti Curi Duit Rakyat’ – Anwar

19/07/2025
0

BAYAN LEPAS - "Saya tak akan turun, saya bukan curi duit rakyat." Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Next Post

Lelaki Mengamuk Gagal Keluar Duit ATM Ditembak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd