• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mengamuk Gagal Keluar Duit ATM Ditembak

oleh
02/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Gara-gara tidak berpuas hati kerana gagal mengeluarkan wang daripada sebuah bank, seorang lelaki di bawah pengaruh dadah telah mengamuk dan menyerang dua anggota polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah bank di sini tadi.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berasal dari Sabah itu akhirnya membawa padah apabila pihak polis telah melepaskan dua das tembakan yang telah mengenai perut suspek dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati suspek terlebih dahulu telah ke bank tersebut bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, bagaimanapun suspek dikatakan mengamuk selepas gagal mengeluarkan sebarang wang dari mesin ATM itu sebelum beredar.

“Pengawal keselamatan bank memaklumkan kepada anggota polis bahawa suspek akan kembali ke bank pukul 2 petang selain akan mengamuk sekali lagi sekiranya gagal mengeluarkan wang lagi.

“Kira-kira pukul 2 petang pengawal keselamatan telah menghubungi anggota Unit Rodaan Bermotosikal (URB) dan memaklumkan suspek berada di bank,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Shamsul Amar memberitahu, anggotanya kemudian menghala semula ke bank berkenaan dan mendapati suspek berada di hadapan bank dalam keadaan marah dan memegang pisau.

Ujar beliau, seorang anggota polis cuba menenangkan suspek namun suspek bertindak agresif mengejar anggota polis berkenaan dan cuba menikam dengan pisau.

“Bagi mempertahankan diri dua anggota yang berada di lokasi kejadian telah melepaskan empat das tembakan dan dua daripadanya mengenai perut suspek.

“Kita turut merampas sebilah pisau satu peket mengandungi serbuk putih dipercayai dadah dalam beg pinggang suspek,” katanya.

Jelas Shamsul Amar, suspek yang cedera itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal turut mendapati wang yang cuba dikeluarkan oleh suspek didapati belum memasuki akaun simpanannya.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau dan ketika kejadian suspek dibawah berada di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – K! ONLINE

Tags: ATMditembakmengamuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd