• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Sendiri Tak Yakin, Baik Guan Eng Letak Jawatan

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta supaya meletak jawatan secara bermaruah berikutan keadaan ekonomi yang semakin merosot dengan setiap keputusan dilakukan olehnya tidak lebih daripada membawa ‘padah’ kepada negara.

Malah tindakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghantar Tun Daim Zainuddin ke China sekaligus memikul tanggungjawab berkait dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah satu contoh Guan Eng tidak di yakini kredibilitinya.

Tidak cukup dengan itu, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 didapati seringkali mengeluarkan kenyataan melulu tanpa kajian mendalam sehingga menyebabkan rama pelabur menjauhkan diri daripada melabur di negara ini.

Itu antara kegelisahan yang diluahkan oleh Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berikutan ketidaktentuan ekonomi negara yang di uruskan oleh Guan Eng selaku Menteri Kewangan.

“Lebih baik Guan Eng selaku Menteri Kewangan meletak jawatan sahaja dan beri laluan kepada yang jauh lebih layak menerajui kerana keadaan ekonomi yang sarat dengan kos sara hidup serta Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) meningkat mendadak.

“Macam-macam berlaku pada masa ini, dalam tempoh 10 bulan ini. Seperti harga saham jatuh teruk, IHP meningkat, kos sara hidup yang sebelum ini dijanjikan akan turun kini tidak langsung di pedulikan sebaliknya banyak menuding jari salahkan kerajaan terdahulu sahaja.

“Bayangkan, Tun Mahathir sendiri tidak yakin dengan keupayaan beliau sehingga menghantar Tun Daim ke China bagi selesai isu ECRL walaupun ini adalah kerja Guan Eng selaku Menteri Kewangan.

“Guan Eng juga suka sangat keluarkan kenyataan tidak membantu dan lebih berbentuk emosional sehingga menjejaskan dan memudaratkan rakyat serta ekonomi negara. Patutnya beliau fokus pada ekonomi bukan takutkan pelabur dengan pelbagai jenis dakwaan dan teori.

“Pada saya secara iklhas saya sarankan Guan Eng untuk meletakkan jawatan jika beliau tidak tahu menguruskan ekonomi negara kerana sekarang keadaan semakin buruk. Ini akan menjejaskan hidup rakyat apabila ekonomi teruk, kos sara hidup meningkat dan mereka semakin tertekan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Gerakan di sini, hari ini.

Jelas Dominic lagi, bukan sahaja Guan Eng tetapi juga menteri serta pimpinan lain juga sebenarnya perlu lebih berhati-hati serta fikir dengan lebih teliti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan sesuka hati seolah-olah mereka masih lagi pembangkang.

Kata Dominic, tindakan seperti itu sebenarnya merugikan negara selain daripada membuat pengumuman polisi yang tidak membantu mengurangkan bebanan rakyat yang semakin terhimpit.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan ini sebenarnya sibuk menukar nama inisiatif serta polisi oleh kerajaan terdahulu. Sebenarnya ada apa dengan apa? Apa yang penting sangat sehingga perlu melakukan penjenamaan semula?

“Seperti kebudak-budakan sebenarnya kerana kerajaan kini mahu ‘membunuh’ legasi kerajaan terdahulu, maka begitu banyak nama ditukar. Sebenarnya apakah jenis kebaikan yang anda dapat dengan melakukan sedemikian?” soalnya. – MalaysiaGazette

Tags: DAPDominic LauEkonomiLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd