• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki OKU Pecah Rumah, Mencuri Dipenjara 3 Tahun

oleh
16/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Padah melakukan perbuatan pecah rumah dan mencuri pelbagai jenis barang berharga bernilai kira-kira RM10,000, seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan tersebut selepas tertuduh, Khairul Amri Ulul Azmi, 33, yang kudung kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan pada 2017 itu mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Khairul Amri didakwa melakukan pecah rumah dengan niat mencuri wang tunai dan pelbagai barangan lain iaitu tabung mengandungi wang kertas dan syiling, seutas jam tangan, rantai leher emas (3), rantai tangan emas (3), cincin emas (3) dan sebuah telefon bimbit jenis Oppo F1 yang kesemuanga dianggarkan bernilai RM10,000.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Telok Manis Layang-Layang Kiri, Parit dekat sini antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, tertuduh boleh dikenakan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Izzati Mazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. Pendakwaan mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman berat memandangkan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh.

Azman kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan bermula tarikh dia ditangkap pada 2 April lalu.

Beliau turut menasihatkan tertuduh agar memperbaiki diri sepanjang tempoh berada di dalam penjara agar menjadi manusia berguna di kemudian hari. – K! ONLINE

Tags: MencuriOKUpecah rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Nazrin Titah Segera Atasi Kenaikan Kos Makanan

Next Post

Timbalan Pendaftar, Pensyarah, Pengarah Direman 5 Hari

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

Next Post

Timbalan Pendaftar, Pensyarah, Pengarah Direman 5 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd