• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantikan Menteri Besar Johor Baharu Esok

oleh
13/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Majlis pengisytiharan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini pukul 9.30 pagi esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, istiadat penyerahan surat tauliah kepada Menteri Besar baharu dilakukan esok bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang melepas jawatannya pada 8 April lalu.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor pada di Istana Pasir Pelangi di sini pukul 10 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Osman, 67, menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Kenderaan rasmi yang membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas tiba di pekarangan istana pada pukul 9.05 pagi.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Osman yang berkuat kuasa 8 April.

Osman yang juga bekas Menteri Besar Johor ke-16 dipercayai Menteri Besar paling singkat tempoh perkhidmatannya, kurang daripada 11 bulan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei tahun lepas, susulan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Terdahulu, Osman yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menentukan siapa penggantinya. – K! ONLINE

Tags: menteri Besar Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Titah Tunku Mahkota Ismail Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor Perlu Dijunjung – Onn Hafiz

Titah Tunku Mahkota Ismail Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor Perlu Dijunjung – Onn Hafiz

07/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail supaya hasil...

3,526 Terima Manfaat Perumahan Kasih Johor – Onn Hafiz

3,526 Terima Manfaat Perumahan Kasih Johor – Onn Hafiz

27/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Seramai 3,526 penerima telah menerima manfaat di bawah Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 1 dan Fasa 2...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd