• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Tempelak Penduduk TTDI Sengaja Mahu Bantah

oleh
26/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Penduduk Taman Tun Dr. Ismail sengaja mahu membatalkan pembangunan di Taman Rimba Kiara.

Kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad, tujuan pembangunan bukan sahaja demi keuntungan pemaju malah untuk membangunkan kediaman baharu kepada penduduk rumah panjang yang telah 38 tahun menetap di situ.

“Jadi semua cakap-cakap ada konflik kepentingan itu dan ini semua semua bertujuan untuk menggagalkan projek itu.

“Bagi saya projek itu perlu kita jalankan penghuni rumah panjang selepas 38 tahun mendapat keadilan.

“Kalau kita gagal, penghuni rumah panjang nak pergi mana?” katanya kepada pemberita selesai majlis Malam Gala Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).

Beliau yang menempelak penduduk TTDI menegaskan, sepatutnya mereka bertimbang rasa untuk merelakan pembangunan di kawasan itu demi keselesaan bersama-sama penghuni rumah panjang.

“Jadi takkan tak rasa apa-apa, kamu menikmati kemajuan dan pembangunan atas air mata dan kesedihan penghuni rumah panjang.

“Kompromi lah sikit biar mereka dapat rumah mereka,” katanya lagi.

Untuk rekod, persatuan penduduk tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan membabitkan projek pembangunan Taman Timba Kiara.

Mereka mendakwa wujud konflik kepentingan apabila Khalid yang merupakan Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan terlibat dalam pembangunan kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, memegang jawatan itu tidak bercanggah dengan ketetapan yayasan tersebut.

“Perlembagaan (ketetapan) Yayasan Wilayah Persekutuan menyebutkan bahawa Pengerusinya Menteri Wilayah,” ujar Khalid. – MalaysiaGazette

Tags: Khalid saladTaman Rimba KiaraTTDI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid At-Taqwa TTDI Didakwa Diboikot, Isu Pengurusan & Layanan Jemaah Jadi Perhatian

Masjid At-Taqwa TTDI Didakwa Diboikot, Isu Pengurusan & Layanan Jemaah Jadi Perhatian

26/02/2026
0

Kuala Lumpur – Satu hantaran di media sosial yang memaparkan suasana lengang ketika majlis iftar di Masjid At-Taqwa Taman Tun...

Cubaan Buka Penutup Lubang Kabel Di Lorong Belakang Rumah Dirakam CCTV

Cubaan Buka Penutup Lubang Kabel Di Lorong Belakang Rumah Dirakam CCTV

10/12/2025
0

SHAH ALAM, 10 Disember 2025 – Tindakan tiga lelaki yang dipercayai cuba membuka penutup lubang kabel di lorong belakang rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd