• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lihat Kemungkinan Tukar Sistem Cukai

oleh
16/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Kerajaan akan melihat kemungkinan untuk menukar sistem percukaian di negara ini dalam usaha menggalakkan penggunaan produk tempatan, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berpendapat, polisi kerajaan ketika ini dilihat lebih menggalakkan import berbanding eksport.

“Ada rakyat Malaysia memandang rendah pencapaian kita sendiri. Jika kita buat kereta di Malaysia, ia akan menjadi kereta paling teruk berbanding kereta buatan luar. Disebabkan itu banyak duit keluar sedangkan kita ada kemahiran bukan sahaja membina kereta api malah kapal terbang dibina si sini. Jadi keupayaan itu ada.

“Saya tidak tahu kenapa kerajaan mempunyai dasar yang dilihat menggalakkan import berbanding eksport. Kita tidak berkhidmat dengan negara kita sendiri (menerusi polisi ini) jadi kita perlu menukar dasar kerajaan. Ini akan melibatkan perancangan dalam menstrukturkan semula cukai melibatkan industri-industri tertentu,” katanya dalam sesi soal jawap selepas merasmikan pembukaan Pameran Technomart Rel 2019 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Dr. Mahathir menjelaskan, menerusi pendekatan itu, lebih banyak produk akan dikeluarkan menyebabkan pengurangan import.

Walaupun langkah itu boleh menjadi dasar kerajaan, beliau berkata, rakyat tidak boleh dipaksa membeli barangan keluaran tempatan.

“Anda boleh bawa kuda ke air tetapi anda tidak boleh paksanya minum air itu,” katanya.

Menurutnya, beliau berharap rakyat Malaysia dapat mencontohi masyarakat Jepun yang cenderung membeli produk mereka sendiri.

“Jika anda memilih produk tempatan, lama-kelamaan kualiti produk tersebut akan bertambah baik. Jika anda tidak menggalakkan produk tempatan dan membeli barang import, tiada peluang bagi produk kita untuk sampai ke standard antarabangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: CukaiMahathir Mohamadpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd