• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan: Jenazah 3 Pelajar Selamat Dikebumikan

oleh
04/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Jenazah tiga pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, Felda Lok Heng, Kota Tinggi yang maut dalam kemalangan jalan raya semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Felda Lok Heng di sini.

Jenazah Mohamad Noriman Bastaman, 17, Daing Muhammad Afeeq Mohd Afeeq-ur Rahman, 16, serta Muhamad Syafawi Zayadi, 17, selamat dikebumikan pada 12 tengah hari tadi.

Sebelum itu, satu solat jenazah diadakan di surau sekolah mereka pada sebelah pagi dengan penyertaan kira-kira 1,000 orang.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor Aminolhuda Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama Rosleli Jahari; Pemangku Pengarah Pelajaran Johor, Azman Adnan dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohd. Fadil Ishak.

Aminolhuda berkata, solat jenazah diadakan selepas mendapat persetujuan keluarga semua mangsa.

“Atas usaha YB Rosleli dan pihak Hospital Kota Tinggi, urusan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah pelajar berkenaan juga dapat disempurnakan lebih awal dan kesemua jenazah sempat dibawa pulang ke rumah masing-masing di Felda Lok Heng,” katanya sejurus selesai upacara solat itu di sini, hari ini.

Tambahnya, kejadian semalam berlaku ketika semua mangsa bersama seorang guru mereka sedang dalam perjalanan pulang daripada menyertai aktiviti Pertandingan Petanque Peringkat Daerah di SMK Semenchu.

“Mereka bertiga dan seorang guru pengiring iaitu Cikgu Widyawati Simaran mewakili sekolah dalam Pertandingan Petanque Peringkat Daerah di sekolah terbabit,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, ketiga-tiga mangsa maut selepas kereta Proton Wira dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi di Simpang Lok Heng berdekatan Bandar Penawar di sini.

Kemalangan turut menyebabkan Widyawati, yang bersama mereka cedera manakala pemandu Perodua Myvi, Naziha Aqmaliah Mazlan, 24, patah kaki dan kini sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Tags: kemalangan mautpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd