• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jentera, Penyokong PH Bertumbuk Sesama Sendiri

oleh
13/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU – Pertengkaran tercetus di bilik gerakan utama Pakatan Harapan sehingga melibatkan kekasaran fizikal di antara jentera parti itu pada Sabtu.

Pergaduhan itu difahamkan terjadi selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau yang memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut laporan portal berita Malaysiakini.

Difahamkan situasi tegang itu berlaku apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur menyalahkan ahli parti dari kalangan penduduk tempatan susulan keputusan yang tidak memihak kepada calon mereka, Dr S Streram.

Berdasarkan video yang dimuat naik Malaysiakini, berlaku adegan jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat selain beberapa orang dilihat mula tolak-menolak sesama mereka.

Tidak lama selepas itu, situasi bertukar menjadi semakin ganas di mana beberapa orang dilihat mula bertumbuk.

Seorang wartawan yang berada di tempat kejadian dikatakan dipaksa berhenti merakam pergaduhan tersebut dan seterusnya telefon bimbitnya dirampas oleh seorang individu yang berada di situ.

Difahamkan bahawa pihak polis ketika ini berada di tempat kejadian dan ketika insiden itu berlaku, keputusan rasmi PRK Rantau belum diumumkan lagi. – Astro Awani

Tags: pakatan harapanPRK Rantau
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd