• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Ab. Hamid Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

oleh
22/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Isa Ab. Hamid hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara mewakili masyarakat Orang Asli bagi penggal kedua bagi tempoh 2019 hingga 2021 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran di Parlimen hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas upacara itu Isa berkata, beliau berazam untuk terus memperjuangkan hak dan mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli di negara ini terutama daripada segi pendidikan dan isu pemilikan tanah serta cadangan pindaan Akta 134, Akta Orang Asli 1954.

“Akta 134 itu telah 66 tahun tidak dipinda jika ada pindaan, ia hanya sebahagian kecil sahaja dan ada seksyen-seksyen dalam akta itu yang terlalu umum, mungkin sebelum ini akta itu hanya membincangkan isu kebajikan Orang Asli sahaja.

“Tetapi kini masyarakat Orang Asli sedang mengalami cabaran yang sangat besar dan pelbagai ancaman seperti gejala sosial, perubahan politik, pencerobohan tanah, dan hak-hak pendidikan Orang Asli di sekolah-sekolah tertentu, jadi kita mahu ia dipinda (dan perlu dinamik mengikut masa) bagi mencari pendekatan dan hala tuju yang lebih jelas (berhubung pembangunan masyarakat Orang Asli),” katanya.

Isa juga menyeru kerjasama masyarakat itu tidak mengira ideologi politik dan bersama-sama memikul tanggungjawab dalam isu pembangunan masyarakat itu yang dilihat tidak seimbang mengikut suku kaum.

“Jangan jadikan agama atau fahaman politik sebagai sempadan, kita perlu sama-sama pikul tanggungjawab ini dan tidak boleh meletakkan semua tanggungjawab ini kepada kerajaan. Jadi saya menyeru kepada cerdik pandai Orang Asli, belia-belia, mahasiswa, kepimpinan kampung menyumbang sekali bagi menangani isu ini.

“Kita tidak mahu perubahan ini diberikan kepada orang lain dan mahu Orang Asli sendiri main peranan supaya pembangunan itu lebih kepada mengikut kehendak akar umbi mereka,” katanya.

Tags: Ahli Dewan NegaraIsa Ab Hamid
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemimpin PAS Ucap Tahniah Kepada BN

Pemimpin PAS Ucap Tahniah Kepada BN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Beberapa pemimpin PAS mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan besar gabungan itu dalam Pilihan Raya...

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd