• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues Adib Ditangguh, Saksi Terakhir Tak Dapat Hadir

oleh
12/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner terpaksa menangguhkan inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim kerana saksi terakhir yang merupakan bekas pakar perunding kanan forensik dan patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Shahrom Abd Wahid tidak dapat hadir untuk memberi keterangan atas kekangan peribadi.

Pegawai pengendali inkues, Faten Hadni Khairuddin berkata, Shahrom masih diperlukan pasukan pendakwa raya selepas mahkamah membenarkannya melihat van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang digunakan ketika rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman.

“Tidak dapat dijalankan pada hari ini walaupun masih di peringkat sesi soal balas Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah. Untuk makluman, kami juga bercadang memanggil semula saksi-saksi sebelum ini.

“Selepas Dr. Shahrom, berkemungkinan pakar forensik yang bertugas di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi dan Dr. Mohd Shah Mahmood (dipanggil), namun ikut turutan,” katanya di Mahkamah Koroner di sini, hari ini.

Faten Hadni berkata, sapina yang diberikan kepada Shahrom untuk hadir ke mahkamah berakhir semalam dan dan sapina baru yang dikeluarkan kepadanya bermula 16 hingga 22 April ini.

Semalam, pasukan pendakwaan, peguam dan saksi dalam inkues sekali lagi ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya untuk menyaksikan sendiri kerosakan van EMRS yang dinaiki anggota bomba itu dalam rusuhan di luar kuil di Seafield pada 27 November lalu.

Mahkamah Koroner membenarkan pasukan pegawai pengendali mahkamah, peguam bela dan saksi melihat semula van EMRS, khususnya pintu di bahagian kiri van berkenaan.

Kelmarin, Shahrom ketika memberi keterangan kepada inkues itu berkata, beliau tidak pergi ke lokasi rusuhan semula kerana memadai untuk beliau memberi pandangannya berdasarkan “bahan mencukupi” yang dibekalkan pihak berkuasa.

Beliau dilaporkan berkata, anggota bomba itu mungkin ditarik dari tempat duduk depan van EMRS berdasarkan luka sagat di belakang pinggang Adib dan 3 butang yang hilang daripada baju seragamnya.

Bagaimanapun, pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi dilaporkan berkata, kecederaan Adib tidak sepadan tumbukan atau tendangan, sebaliknya ia akibat impak terlanggar pintu kiri van EMRS.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Adib mengalami kecederaan itu akibat terhimpit 2 permukaan keras. – FMT

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd